Thursday, December 23, 2010

# buat isi fail


Nie pulak untuk kawan maya kak ina.

# Kalau dah bebudak :)

bag nie kakak eliza yang punya tau..:)
Nie pulak untuk adiknya. Tak nak beralah...nak sama fabrik. Kak ina 'on' aja.
Kali nie kak ina buat sling bag yg talinya boleh di laraskan...





Monday, December 20, 2010

# macam tak percaya !!!!


Punyalah lama baju nie nak siap sebab dahulukan tempahan orang dahulu. Biasalah baju sendiri.. Sekuntum demi sekuntum kak ina jahit..tak kira berapa lama..hehehe....kadang2 sehari 2 kuntum. kadang2 sehari sekuntum dan kadang2 sehari tak ada kuntum..hehehehe..

akhirnya siap jugak bunga labuci nie..inspirasi dari e toturial cheq sue dgn harga cuma rm10 aja :). thanks cheq sue


Thursday, December 16, 2010

# Giveaway!!! kat mjbannister.blogspot.com/2010/12/giveaway-yang-pertama.html



Mak aiii!!!!!...banyaknya hadiah nak di buat give nie!!!!... giler tak nak???? ( mmg giler la sapa yang tak nak kan??? hehehehe ) termasuk kak ina..kalau tak nak mmg giler...

so disebabkan tak nak giler, kak ina nak join jugak!. Moral of the story...kena join this giveaway kalau tak nak giler..( gurau2 aja ya )

jom...ramai2 hantar penyertaan.. Klik jer kat sini untuk join :) atau klik kat http bawah nie ...


hadiah2nya...seperti



Wednesday, November 24, 2010

# beg Ida n Yati dari SCM

Bag nie untuk adik kak ina. Hope dia suka. Very simple :)





Yang ini pulak untuk yati. Katanya nak letak make up ..so  ukurannya pun comel sangat.. 9" x7" x 3"

murah jer. Rm18

# Beg RE Zailee Comel :)

Kak zailee nie kawan kak ina sama tempat kerja dulu..comel aja orangnya. Suka tengok dia..lembut jer kalau bercakap. Lama dia tempah beg nie baru sempat nak buatkan. Terimakasih kak zailee sudi menyokong kerjaya baru na ..

harap kak zailee puas hati ya.
 

Monday, November 22, 2010

# Mini Tote Bag Jariah :)






Ini mini tote bag tempahan dari makcik kesayangan kak ina.
Terimakasih kerana memberi sokongan moral dengan membuat tempahan ya makcik..muah muahhhhh....

kak ina kata ia mini sebab ukurannya comel sangat ...tinggi 7" x Lebar 8.5" x 3"

nak tempah?...boleh aja..hehehe


# Bag untuk guru Izzuddin



Tahun nie tahun akhir anak bujang kak ina di sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Jadi untuk mengenang jasa guru kelasnya yang banyak membimbing nya selama bersekolah dan berjaya mendapat keputusan yang baik dalam UPSR dan UPSRA. Alhamdulillah. Kalau nak di ikutkan, tandamata itu tidak seberapa dengan jerih perih mereka para guru mengajar anak kita, terutamanya anak kak ina la :)

terimakasih buat cikgu rahimah dan ustazah yati.




Wednesday, November 10, 2010

# sukanyaaaa!!!!!


Hari nie kan, kak ina dapat lable sendiri tau!. Selalu tengok lable orang aja!!!
sukanya sampai melompat2 tau!

nie la lablenya.Lepas nie, kak ina akan jahit kat produk2 kak ina....sukaaaa...mehlah tumpang suka!
Terimakasih pada zubaidah sebab merealisasikan impian kak na... :))

Sunday, November 7, 2010

# Happy Birthday To Me :)))

Alahmdulillah...hari ini Allah beri kak ina masih mampu bernafas lagi utnuk menyambut ulang tahun kelahiran kak inapada tahun ini. Doakan yang terbaik untuk kak ina ya ..aminn



# Happy Birthday To Me :)))

Alahmdulillah...hari ini Allah beri kak ina masih mampu bernafas lagi utnuk menyambut ulang tahun kelahiran kak inapada tahun ini. Doakan yang terbaik untuk kak ina ya ..aminn



Saturday, November 6, 2010

Suka sesangat nie!!!!



mana tak sukanya...pelakun yang akak minat ada berlakun dalam slot drama lagenda kat TV3 !!
sapa lagi kalau bulan elly Mazlin!!!...eeiii...akak suka dia nie... cute, cantik, comel..manja...eeiii  semua sukalah!!!!!

Bila tengok promo drama nie akan menggantikan drama siti kelembai...ada elly mazlin...memang tak sabar betul nak tengok!...



Sinopsis Drama Ulek Mayang – Slot Lagenda TV3

Ulek Mayang mengisahkan Ali (Fezrul Khan), seorang nelayan yang sering diganggu dengan bayangan Puteri di persisiran pantai. Namun, Ali hanya mendengar suara gurau senda tetapi tidak pernah melihat wajah si Puteri itu. Semakin hari bayangan Puteri itu semakin menghantui hidup Ali. Ali sentiasa pergi ke pantai untuk mencari Puteri. Malah, dia dapat merasa kehadiran Puteri dalam mimpinya kerana bilik tidurnya akan dipenuhi dengan bau wangian. Ibu Ali, Mariam (Mariani Ismail) semakin risau melihat keadaan Ali yang menjadi seperti sasau dan angau.

Sebenarnya, Ali telah bertembung dengan Puteri Mayang Sari (Elly Mazlein). Suatu hari, Ali telah menyeru nama Puteri Mayang Sari supaya dapat berjumpa. Pada kali pertama mereka bertentang mata, Ali dan Puteri Mayang Sari telah jatuh hati. Puteri Mayang Mengurai (Sabrina Ali) yang juga menyimpan perasaan terhadap Ali telah memukau mata orang sekelilingnya supaya melihat Sari sebagai hantu yang berwajah hitam dan menakutkan.

Percintaan Ali dengan Sari ditentang keras oleh Mariam kerana Sari dianggap sebagai hantu yang akan membawa mudarat kepada anaknya. Setelah Ali sesat dalam alam Puteri Mayang Sari, Mariam mendapat khidmat bomoh untuk mengadakan upacara pemujaan Ulek Mayang. Keadaan menjadi tidak terkawal apabila Mayang Sari mengamuk semasa upacara tersebut diadakan. Apakah yang akan terjadi selepas ini?


sipnosis nie kak ina ambil dari blog 

http://profhariz.com


Wednesday, November 3, 2010

# Tote bag SMTG :)

black white stripe bear :)

mickey mouse :))











Choc stripe :)


Lamanya kak ina tak update blog. Bukan apa, banyak menyiapkan baju kurung utnuk raya haji...nie pun ambil masa sikit jahitkan bag untuk kawan anak kak ina. nasib baik simple aja..taklah ambil masa yang banyak pun.


Tuesday, October 26, 2010

# Kuntuman Kasih

yang macam pucuk rebung tu hujung tangannya la. yang berbaris panjang tu untuk bawah baju :).


Kali nie jiran yang sama minta tolong jahit kan sulam dihujung tangan dan bawah baju,
Siap dengan design tau :). Jadi mudahlah kerja kak ina gamaknya :) Hasilnya ...

Saturday, October 16, 2010

Wednesday, October 13, 2010

Thursday, October 7, 2010