Monday, December 21, 2009

Anak2 saudaraku untuk tahun 2009

alisya








saffiya









alfhan










Tahun nie mak kak ina dapat 4 cucu dan ini bermakna kak ina dapat 4 orang anak saudara la kan..
di sebabkan kak ina  tak dapat lagi gambar anak anak saudara yang lain di upload dulu gambar anak saudara yang ada...:)

oct2009 baby gurl di beri nama alisya
27oct '09 juga bby gurl nama yang terpahat ct safiya zafira
5dec'09 pula lahirlah bby boy dinamakan oleh mammy nya Alfhan 
17dec'09 pula anak saudaraku yang belum di beri nama. so far kami panggil bby adam( fotonya lupa ambil :) 

meriah wooo...dah 18 orang cucu bonda kak ina :


alhamdulillah ...aminnnnnnnn



Thursday, December 10, 2009

first giveaway from ibtisamfarah.blogspot.com









click sini tu untuk ke blog ibtisamfarah to join giveaway :)


Kata Ibtisamfarah :I'm so excited to have this first giveaway. 
Kata ku : akak pulak excited nak menang giveaway nie!hehehe..


Kata Ibtisamfarah :As I have no time to do some craft for this moment, I decided to give some of my fabric. 
Kata ku :tak per takper ....akak ada time nak wat craft, fabrik jer tak der ..:))..orang nak bagi fabirk bagai orang ngantuk di sorong bantal tuuu!!!


Kata Ibtisamfarah :1. Please kindly leave your comment here so that I can hop to your blog address for us to know each other since I'm so new in this craft valley..
Kata ku :udah di titipkan komen di sana :)


Kata Ibtisamfarah :2. Then make an entry in your blog for the giveaway, and in the entry, don't forget to tell what kind of craft that you'll do with the fabrics if you're the winner and please copy and paste the icon above for the entry in your blog

Kata ku :kalau dapatlah fabrik tu...akan ku jadikan cusion cover ke, tote bag ke...mesti cun melecun tu!!!

so pada sesiapa yang nakjoin gak sila click kata sini..mana tau ada luck..:)


Happy Birthday anak2ku


Nie kek yang akak bake untuk mereka berdua:)







c along potong kek, c adik dok perati dengan tak sabar !!!
















waaa.......adik suap along kek lah!!!!!....cayang diaaaaaa...


Hari nie 10 Dec adakah hari lahir anak sulung ku...dah 19thn dah dia....mudah2an jadi anak yang bertanggungjawap. 

Sengaja di gabungkan dengan hari lahir adik dia yang kecil..sama bulan so senang sikit ...





Nasi Ayam

Ari nie 'orang' masak nasi ayam 

Resepinya:

beras ( banyak mana nasi yang nak di masaklah )
1 ekor ayam ( yang nie untuk dimasak supnya...yang mana sebahagian utk nasi n sebahagian lagi utk sup)


Mula2 kita masak supnya:

15ulas bawang merah
5  ulas bawang putih
1" halia ( titik jer )
1 bungkus sup bunjut adabi
air
gula( hujung2 sudu jer )
garam

Cara:
Kita tumis bawang n bawang putih tadi, dah wangi kita masukkan air, halia dan semua bahan tadi. 
kemudian masukkan ayam dan rasa garamnya.

cara masak nasinya:
4 cawan beras ( cuci dan toskan )


Kemudian ambil 5 cawan sup tadi, ambil minyak yg di atas sup supaya nasi ayam kita agak berminyak sikit :).

tanak macam biasa dengan rice cooker. letak daun pandan sehelai untuk wangi.

(dah siap untuk nasi )

Ayam gorengnya :

Ambil ayam yang di dalam sup tadi, lumurkan dengan :
3 ulas bawang putih dan 1" halia yang telah di tumbuk halus.
3 sudu besar kicap cair
garam sedikit

Goreng dengan minyak yang banyak. kemudian di potong kecil untuk dihidangkan sama nasi

untuk sos cilinya:

1 biji tomato
7 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 cawan sup ayam tadi
2 sudu sostomato
2 sudu sos cili
gula

ambil blender, masukkan cili merah, tomato dan bawang putih tadi, masukkan sup dan kisar halus. keluarkan dan panaskan atas api yang kecil. masukkan gula sos tomato n sos cili tadi, rasa gulanya dan bubuh sedikit garam.

sudah siap sosnya :)

Sekarang bolehlah di makan....













Beg lagi !!!



Beg nie saja buat sebab tengok kat DIY bag lover tu macam cun jer...
click sini kalau nak tau cara membuatnya...

fabrik tu beli kat tanjung malim tau!!!..cantik menarik bunga diakan?...
apa lagi ..bila siap jer anak dara tu terus nak lerrrr....Boleh wat bawak buku kata dia...:)


Thursday, November 12, 2009

Bacalah Surah Yasin Selalu

Dihantar oleh seoang kawan melalui email. Bahan baik apa salahnya di kongsi baca kan?...marilah baca ... ( thanks ani )


BACALAH YASSIN
RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:


1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan..
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya...
8.. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya..
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10.. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya..
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama yang lain.

Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa ' at kepada manusia lain...

Sunday, November 8, 2009

Marble cake












Kek nie ambo buat untuk anak dara ambo wat bekal balik asrama :). Kek nie lembut gebu n sedap bila di makan. Cubalah ...

Resepinya ambo tulis kat bawah nie ya.

Bahan bahan A
250gm putih telur ( anggaran 6 biji telur gred A )
50ml air sejuk
170gm gula castor
1 1/2 sudu kecil ovalette
2 biji kuning telur
200gm tepung superfine
3/4 sudu teh double action baking powder
1 sudu teh vanilla essence

Bahan B
170gm mentega ( di cairkan )
2 sudu besar susu pekat manis

Bahan C
2 sudu besar serbuk koko

Bahan D
badam yang di kisar utnuk di tabur atas kek

Cara :

1- Gris 9" loyang. Panaskan oven 160'c
2- Putar bahan A ( hi speed) hingga kembang.
3- Masukkan bahan B
4- Keluarkan 1/3 dari adunan dan masukkan dalam bahan C.
5- Masukkan 2 sudu adunan plain di tengah loyan, Kemudian letak satu sudu adunan koko dan buat sampai habis.
6- Bakar selama 50 - 60min

Selamat Mencuba !!! :)



Lontong


Lontong

Lepas tu ambo buat pulak lontong. Emm..teringin pulak nak makan :)

Untuk kuah loden tu ambo buat lepas ikut majlis gotong royong masak untukjamuan hari raya di kawasan perumahan ambo.

Bahan bahannya:

Dipotong sesuai utnuk di masak :)

1/2 biji kobis
1 biji lobak merah
seikat kacang panjang
2 biji cili merah
2 bungkus fucuk
2 kotak kecil santan
garam, perasa

bahan kisar:

segenggam udang kering
2 batang serai
1/2" lengkuas
1 biji bawang besar
1" kunyit hidup
1 biji buah keras

minyak untuk menumis


1-Semua bahan yang di kisar tadi di tumis , setelah naik bau tuang santan.
2- masukkan semua sayur2sayuran.
3- Bila hampir masak masukkan fucuk berserta suun tadi.
4- Masukkan garam, serbuk perasa.
5- Dah mengelegak tutuplah api tu :)

* masa nak makan , letak sambal tumis n telur rebus.

sedapppp....

Bergedil daging n soto


Yang nie soto nasi :)













Bergedil daging
Bahan-bahannya:

3 biji kentang di rebus
1 paket daging kisar Ramly
1 biji bawang besar -cincang
sedikit daun sup
garam
daun sup - di hiris halus
1 sudu teh lada sulah - halus
2 sudu besar tepung jagung

2 biji telur untuk di celup pada bergedil sebelum di goreng.

cara membuatnya:

1- kentang tadi di rebus, dah lembut, lenyek lumat
2- kemudian masukkan semua bahan tadi.
3- celup pada telur dan di goreng hingga kekuningan.

dah siaplah tu untuk di makan :)




Cheese cake blueberry




Sabtu semalam 7 Nov ambo try buat cheesecake. Alahamdulillah menjadi. Rasanya???..Sedapppppppppp sangat... Pada sesiapa yang nak cuba resepinya ambo ambil dari sini..Cubalah...

Kalau malas nak pi link, ambo copy paste ya..tq pada kitchen's stories blogspot untuk resepi yang sedap ini :)


INGREDIENTS(9 serving):

11 graham crackers, crushed (pakai beskut coklat chip)
20 g butter, melted

670 g cream cheese (pakai 600gm...3 peket)
225 g white sugar
135 ml milk
3 eggs
170 g sour cream (pakai yogurt perise original)
10 ml vanilla extract
25 g all-purpose flour
DIRECTIONS
  • Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C). Grease a 8 inch springform pan.
  • In a medium bowl, mix graham cracker crumbs with melted butter. Press onto bottom of springform pan.
  • In a large bowl, mix cream cheese with sugar until smooth. Blend in milk, and then mix in the eggs one at a time, mixing just enough to incorporate. Mix in sour cream, vanilla and flour until smooth. Pour filling into prepared crust.
  • Bake in preheated oven for 1 hour(water-bath). Turn the oven off, and let cake cool in oven with the door closed for5 to 6 hours; this prevents cracking. Chill in refrigerator until serving.

    Untuk topping, sapu aja blueberry filling.