Saturday, November 6, 2010

Suka sesangat nie!!!!



mana tak sukanya...pelakun yang akak minat ada berlakun dalam slot drama lagenda kat TV3 !!
sapa lagi kalau bulan elly Mazlin!!!...eeiii...akak suka dia nie... cute, cantik, comel..manja...eeiii  semua sukalah!!!!!

Bila tengok promo drama nie akan menggantikan drama siti kelembai...ada elly mazlin...memang tak sabar betul nak tengok!...



Sinopsis Drama Ulek Mayang – Slot Lagenda TV3

Ulek Mayang mengisahkan Ali (Fezrul Khan), seorang nelayan yang sering diganggu dengan bayangan Puteri di persisiran pantai. Namun, Ali hanya mendengar suara gurau senda tetapi tidak pernah melihat wajah si Puteri itu. Semakin hari bayangan Puteri itu semakin menghantui hidup Ali. Ali sentiasa pergi ke pantai untuk mencari Puteri. Malah, dia dapat merasa kehadiran Puteri dalam mimpinya kerana bilik tidurnya akan dipenuhi dengan bau wangian. Ibu Ali, Mariam (Mariani Ismail) semakin risau melihat keadaan Ali yang menjadi seperti sasau dan angau.

Sebenarnya, Ali telah bertembung dengan Puteri Mayang Sari (Elly Mazlein). Suatu hari, Ali telah menyeru nama Puteri Mayang Sari supaya dapat berjumpa. Pada kali pertama mereka bertentang mata, Ali dan Puteri Mayang Sari telah jatuh hati. Puteri Mayang Mengurai (Sabrina Ali) yang juga menyimpan perasaan terhadap Ali telah memukau mata orang sekelilingnya supaya melihat Sari sebagai hantu yang berwajah hitam dan menakutkan.

Percintaan Ali dengan Sari ditentang keras oleh Mariam kerana Sari dianggap sebagai hantu yang akan membawa mudarat kepada anaknya. Setelah Ali sesat dalam alam Puteri Mayang Sari, Mariam mendapat khidmat bomoh untuk mengadakan upacara pemujaan Ulek Mayang. Keadaan menjadi tidak terkawal apabila Mayang Sari mengamuk semasa upacara tersebut diadakan. Apakah yang akan terjadi selepas ini?


sipnosis nie kak ina ambil dari blog 

http://profhariz.com


Wednesday, November 3, 2010

# Tote bag SMTG :)

black white stripe bear :)

mickey mouse :))











Choc stripe :)


Lamanya kak ina tak update blog. Bukan apa, banyak menyiapkan baju kurung utnuk raya haji...nie pun ambil masa sikit jahitkan bag untuk kawan anak kak ina. nasib baik simple aja..taklah ambil masa yang banyak pun.


Tuesday, October 26, 2010

# Kuntuman Kasih

yang macam pucuk rebung tu hujung tangannya la. yang berbaris panjang tu untuk bawah baju :).


Kali nie jiran yang sama minta tolong jahit kan sulam dihujung tangan dan bawah baju,
Siap dengan design tau :). Jadi mudahlah kerja kak ina gamaknya :) Hasilnya ...

Saturday, October 16, 2010

# sulam riben di hujung lengan baju.

sulam riben pada hujung tangan baju kurung jiran terdekat ku.
alhamdulillah, dia suka :)










salam syg,

Wednesday, October 13, 2010

# Cara buat aising kek- sumber alkiram.net


Kak ina dapat info ini dari al ikram.net. Ianya cukup membantu . Klik sini


nak tau bentuk nozzel pulak, klik sini 

Thursday, October 7, 2010

# HP case and Bag RE





Bag dan HP case nie milik City. Lama dia tunggu. Terimakasih sebab bersabar ya dik.


Tuesday, October 5, 2010

My tote bag :)















Last month buy the fabric. Today I done one of black white tote bag....happy !!!!



Saturday, September 25, 2010

# Small Tote Bag with zip





Ini juga Tempahan dari CT. CT nak bunga rose gulung diabadikan pada tote bag dia. Harap CT suka . Disebabkan kak ina guna saiz riben besar so harganya lebih sikitlah. 

Size : Tinggi 9" x Lebar 7"
harga : rm20
zip n lining


# Pouch Sulam Riben

Dah siap di bungkus , tunggu untuk di pos sahaja isnin nie :). Kesemuanya 20 biji beg jerut. Terimakasih buat CT dari seremban kerana mempercayai kak ina untuk menjahitnya.  Harga begjerut nie rm12 tapi kalau oder lebih dari 10 biji kak ina bolehlah turunkan harganya jadi rm10. Beg nie kak ina lining juga dalamnya.

Re 1











RE 2











RE 3











Re 4



salam sayang dari








Wednesday, September 1, 2010

# Tadaaaaaaaaaaa.....keputusannya!!!!

Ingat post hari tu? Masih berkira kira nak buat apa dgn sulaman riben tu?. Akhirnya kak ina buat wall hanging. TQ pn Ann dengan toturial yang mudah untuk mengikutnya...Moga Allah beri pn Ann kesihatan dan rezeki atas kebaikan hatinya. Amin...


Wednesday, August 18, 2010

Sunday, August 8, 2010

# Poach RE - Untuk isi Yassin dsb.

rupa parasnya selepas di solek ..hehehe


Nie bunganya la :)










Nie pulak dalamnya...di jahit kain supaya jahitan riben tidak kelihatan.





Poach nie kak ina jahitkan sebagai contoh untuk adik nita yang berada di terengganu. Bunga tu salah satu darinya la...banyak lagi design akan kak ina turunkan pada fabric :)



Friday, August 6, 2010

# Beg RE Fiza

Beg nie di tempah oleh pelanggan tetap kak ina...Nampaknya nie kali ke 3 beliau memberi kepercayaan pada kak ina untuk menjahit beg RE nya sendiri. Selalu tu semua beliau buat sebagai hadiah untuk kawan2nya...baik betul hati beliau ya....ada sesiapa nak hadiahkan pada kak ina ke nanti?..

salam mesra..

Thursday, July 29, 2010

# Bag RE: Hantaran Hati dan Sweet Haniz

Terimakasih pada kawan kawan yang menyokong kerjatangan kak ina dengan tempahan bag yang tak putus2.


Design  nie kak ina namakan hantaran hati


Bag nie pula sama design dengan sweet Haniz cuma warna bunganya sahaja di tukar...:)