Tuesday, July 14, 2009

Pantun Usik Mengusik

tupai di dapur jerami di curi
tidak semena tersepak tulang
sampai ke dapur kami mencari
umi di mana tak nampak bayang ?

kumpul petai di atas batu
jangan di usik merusak tapai
amboi tatai dah cantik dah tu !
orang merisik belumnya sampai :)

banyak lada dari kemboja
dibeli cina buat memanda
sabit si kanda mengantuk sahaja
tidur tak lena di buat adinda!

lemak manis cempedak rimba
dibuat kaya sedap terasa
bukan sinis senyuman hamba
itu namanya senyum mengoda !

kusut masai di kejar budak
terasa berang bila ditendang
misai misai kami tak hendak
nampak garang bila di pandang !

kera ungka sama sahaja la
suka mengendap celah batu
tingkap dah buka, tirai dah disela
mengapa mengendap di muka pintu ?

kenari merbah sama terbang
terbang rendah ditanah paya
diberanda sudah umiku sayang
wah! umi dah kurus rupanya !

busuk pijat merayap rayap
berjajar di kali sepanjang lengan
kalau hajat hendak menyuap
ambillah tali ikatlah tangan !

hujung beranda si pokok kelapa
condong bahaya banyak kerengga
kekanda tiada tidak mengapa
mungkin ayahndanya boleh juga :)

jumpa gugup sibuah hati
jalan dipantai pekena mee
rasa bedegup jantung terhenti
tatai suka berbonda kami !

dalam tong sembunyi sapi
takut dihentam anak pak jait
bukan rentung memang resepi
luar dalam hitam dan pahit !


mesra selalu !

No comments:

Post a Comment