Tuesday, January 11, 2011

Strawberry Cheese Cake



untuk base kek

120gm gula kastor
10 gm ovallate
4 biji telur gred A
130gm tpg kek/ superfine
1 sudu kecil serbuk penaik
40ml air
60gm minyak masak @ mentega di cairkan
1 sudu kecil vanilla esen

untuk kek nie, satukan semua bahan kecuali minyak masak air dan esen vanilla. pukul bahan tadi sampai kembang dgn kelajuan max. selepas kembang baru masukkan minyak dan air berserta esen vanilla selang seli.
bakar dalam acuan 9" dgn suhu 180'c selama 45min. selepas masak, terbalikkan kek supaya kandungan minyak tak turun ke dasar kek. ....nanti kek nie di potong 2 bahagian. 1 bahagian saja yg di gunakan untuk sebiji kek. jadi kalau nak buat boelh buat utk 2 biji kek :)

untuk kek keju s'berry

1/2 bahagian kek tadi ( letak dalam loose pan ) yg berukuran 8"

250gm cream cheese
120gm gula kastor
15gm gelatin halal
60ml air panas ( di campur dgn gelatin tadi kacau sampai larut )
200ml krim putar ( whipping cream )
7 biji s'berry di cincang halus
1 sudu teh s'bery emulco 

mula2 putar dulu whipping cream sampai pekat, simpan dlm peti ais sementara kita nak pukul cream cheese. 
putar cream cheese + gula sampai kembang.
pas tu masukkan bancuhan gelatin tadi ( yg dah sejuklah ) panas jgn letak tau . 

pas tu baru masukkan whipping cream dan s'bery yg dah di cincang tadi. gaul dan letak s'bery emulco.

tuang atas kek dan simpan dalam peti ais ( yg dingin beku ) selama 1 jam. kalau kat bawah tu lambat nak keras..mau 3 jam ..:)

pas tu boleh la makan.

selamat mencuba :)




No comments:

Post a Comment