Sunday, November 8, 2009

Marble cake












Kek nie ambo buat untuk anak dara ambo wat bekal balik asrama :). Kek nie lembut gebu n sedap bila di makan. Cubalah ...

Resepinya ambo tulis kat bawah nie ya.

Bahan bahan A
250gm putih telur ( anggaran 6 biji telur gred A )
50ml air sejuk
170gm gula castor
1 1/2 sudu kecil ovalette
2 biji kuning telur
200gm tepung superfine
3/4 sudu teh double action baking powder
1 sudu teh vanilla essence

Bahan B
170gm mentega ( di cairkan )
2 sudu besar susu pekat manis

Bahan C
2 sudu besar serbuk koko

Bahan D
badam yang di kisar utnuk di tabur atas kek

Cara :

1- Gris 9" loyang. Panaskan oven 160'c
2- Putar bahan A ( hi speed) hingga kembang.
3- Masukkan bahan B
4- Keluarkan 1/3 dari adunan dan masukkan dalam bahan C.
5- Masukkan 2 sudu adunan plain di tengah loyan, Kemudian letak satu sudu adunan koko dan buat sampai habis.
6- Bakar selama 50 - 60min

Selamat Mencuba !!! :)



Lontong


Lontong

Lepas tu ambo buat pulak lontong. Emm..teringin pulak nak makan :)

Untuk kuah loden tu ambo buat lepas ikut majlis gotong royong masak untukjamuan hari raya di kawasan perumahan ambo.

Bahan bahannya:

Dipotong sesuai utnuk di masak :)

1/2 biji kobis
1 biji lobak merah
seikat kacang panjang
2 biji cili merah
2 bungkus fucuk
2 kotak kecil santan
garam, perasa

bahan kisar:

segenggam udang kering
2 batang serai
1/2" lengkuas
1 biji bawang besar
1" kunyit hidup
1 biji buah keras

minyak untuk menumis


1-Semua bahan yang di kisar tadi di tumis , setelah naik bau tuang santan.
2- masukkan semua sayur2sayuran.
3- Bila hampir masak masukkan fucuk berserta suun tadi.
4- Masukkan garam, serbuk perasa.
5- Dah mengelegak tutuplah api tu :)

* masa nak makan , letak sambal tumis n telur rebus.

sedapppp....

Bergedil daging n soto


Yang nie soto nasi :)













Bergedil daging
Bahan-bahannya:

3 biji kentang di rebus
1 paket daging kisar Ramly
1 biji bawang besar -cincang
sedikit daun sup
garam
daun sup - di hiris halus
1 sudu teh lada sulah - halus
2 sudu besar tepung jagung

2 biji telur untuk di celup pada bergedil sebelum di goreng.

cara membuatnya:

1- kentang tadi di rebus, dah lembut, lenyek lumat
2- kemudian masukkan semua bahan tadi.
3- celup pada telur dan di goreng hingga kekuningan.

dah siaplah tu untuk di makan :)




Cheese cake blueberry




Sabtu semalam 7 Nov ambo try buat cheesecake. Alahamdulillah menjadi. Rasanya???..Sedapppppppppp sangat... Pada sesiapa yang nak cuba resepinya ambo ambil dari sini..Cubalah...

Kalau malas nak pi link, ambo copy paste ya..tq pada kitchen's stories blogspot untuk resepi yang sedap ini :)


INGREDIENTS(9 serving):

11 graham crackers, crushed (pakai beskut coklat chip)
20 g butter, melted

670 g cream cheese (pakai 600gm...3 peket)
225 g white sugar
135 ml milk
3 eggs
170 g sour cream (pakai yogurt perise original)
10 ml vanilla extract
25 g all-purpose flour
DIRECTIONS
  • Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C). Grease a 8 inch springform pan.
  • In a medium bowl, mix graham cracker crumbs with melted butter. Press onto bottom of springform pan.
  • In a large bowl, mix cream cheese with sugar until smooth. Blend in milk, and then mix in the eggs one at a time, mixing just enough to incorporate. Mix in sour cream, vanilla and flour until smooth. Pour filling into prepared crust.
  • Bake in preheated oven for 1 hour(water-bath). Turn the oven off, and let cake cool in oven with the door closed for5 to 6 hours; this prevents cracking. Chill in refrigerator until serving.

    Untuk topping, sapu aja blueberry filling.



Wednesday, November 4, 2009

Pantun Lama

rumput manis di dalam padi
orang belayar dalam perahu
kami menangis di dalam hati
seorang manusia tidak tahu

kalau tuan pergi ke taman
hendak pulang hari malam
kasih pandang baik jangan
buat rosak hati di dalam

selasih tiada pinang tiada
cerana tunggang terbalik
kasih tiada kenang tiada
saya sahaja ulang alik

selasih di tepi tubir
tanam bidara tepi perigi
kasih tuan di luar bibir
tidak mesra di dalam hati

gali lubang tutup lubang
lubang tidak talum pelita
kita kenang kepada orang
orang tidak mengenang kita



Pertandingan Pantun

Hari nie selamat diposkan 4 rangkap pantun untuk menyertai satu pertandingan pantun bertema "Bahasa Jiwa Bangsa" anjuran sebuah stesen radio malaysia. Walau tidak sehebat mana, sekadar mencuba nasib katanya orang . Selamat dipos oleh umi kakak ku...tq umi !

Pantunnya  :-

1.  Sudah karat keris di pintu

     Silat tari dipendam di sia

     Bahasa di daulat nusa bersatu

     Jatilah diri berjiwa Malaysia

 

2.  Sebutir mutiara di kain belacu

     Dikirim juragan kehujung desa

     Negara Malaysia hendak di acu

     Aculah dengan kekuatan bahasa

 

3.  Kapal belanda rapat berlabuh

     Hendak berdagang barang hiasan

     Bahasa ibunda ditatang penuh

     Bahasa orang jadikan tambahan

 

4.  Kuncup semalu serta merta

     Ibarat gadis malu di pegang

     usah malu berbahasa kita

     Sejak dahulu ditutur dagang

     


DEGUPAN HATI


Bisik suaramu
sudah sebati dengan diriku

andai diulang baca berkali kali
akan menunaskan rasa
yang lain dari biasa
lantas biar ku baca sekali sahaja
agar tidak terjerat
dengan maksud tersirat

namun sekali terlintas di mata
sudah tertangkap kilasnya
sudah menyelinap ke sanubari
mewarna dinding rasa
dengan makna makna

antara bicara terselit haruman yang melekakan
menerawang minda jauh dari kenyataan
kelopak haruman rasa
yang segar bugar
tidak layu di telan waktu
gugurnya nanti
di laman hati 
menjadi baja sepohon cinta
yang bakal merimbun memayung
kasih dan sayang
walau datangnya
tidak di undang ...


Monday, October 26, 2009

Beg Sulam Riben













Hasilnya...beg berukuran 13"x11"x3". Berzip.













Design hadapan beg













close-up folded rose

Akhirnya siap juga beg yang di tempah. Seharian ambo mengerjakannnya.
Kali nie ambo gunakan keadah folded rose pulak... Harga kalau berminat taklah mahal rm45.00 saja. 






Saturday, October 24, 2009

Table Cover










complete view










center design









side view










close-up


Atas permintaan adik ambo..nak jugak alas meja 3' x 3' dia...bukan table runner..ambo usahakan juga menjahitnya...Akhirnya siap selepas 1 minggu..:)

Harap2  dia suka. Kalau ada yang berminat boleh lah tempah..:) . Harga rm350



Monday, October 12, 2009

Sulam bunga riben buat mak










Tadaaaa !!!! frame dah siap ..:)










left view










right view


Nielah hasil kerja tanganku buat bonda tercinta sempena hari lahirnya...pada 31 aug hari tu. 

'HAPPY BIRTHDAY MAK'


Naiz,
nie hasil dari 1st kit yang akak beli dari naiz dulu..

kalau nak order...
frame tu 16" x 16"
dgn frame n sulaman saya ambil rm75





Manik tabur untuk wiyah




Yang nie pula gabungan jelujur 5 manik yang di susun berganti2 dan di tambah manik tabur jarang2....dah pakai agaknya tu..:)

gambar tak berapa cun sebab pakai hp cap ayam...






Saturday, October 10, 2009

Teratai biru Sue



Mula mula cuma jahit hujung lengan tanpa bunga labuci tu ...atas permintaan anak buah yang sorang nie nak kan bunga yang berkembang di hujung tangannya...ku jahitkan juga...harap dia suka :)


Baju Tempahan Raya




Alhamdulillah...aidilfitri dah pun tiba...nie la antara puluhan baju untuk pelanggan ku yang telah di hantar..baju untuk raya :)

terimakasih pada yang sudi menempah dan kalau ada kain tu tempahlah lagi...hehehe

SELAMAT HARI RAYA....




Thursday, September 3, 2009

cetusan rasa I















wangian rindu jarang berbau
jika terjadi keajaiban itu
rindu yang di kirim di angin lalu
berbau wangi
sematkan ia di lipatan hati...