Tuesday, April 20, 2010

Dialog Si Kecil 3 Tahun !

Anak kak ina baru berusia 3 tahun tapi apa yang nak di ceritakan kat bawah nie tentang dialog spontan dia dengan abangnya. Seingat kak ina, dulu masa usia kak ina sebaya dia, mulut berat nak bercakap, sampai mak kata, dia siap goreng bertih nak bagi kak ina bercakap :)

Agaknya yang kecil nie mengikut mak dia yg dah becok sekarang kot?....Eh!jom baca apa yang kak ina tulis nie...

Waktu nie waktu makan tengahari. Sebaik sahaja abang dia balik dari sekolah, kami akan makan sama. Hari tu kak ina masak sup ayam....

Adik: Mak, suapkanlah adik ayam tu...dah lapar nie
Kak Ina : Iya yang...nak suaplah nie..haa..buka mulut..
Adik: Emm...sedapnya sup mama !..( wah! kembanglah hati mama dia nie ) hahahha ...
Abang: Adik!, ayam apa tu?
Adik: Ayam kokok la....kan mama kan ? ( tanya dia pada ku untuk menguatkan jawapannya )
Kak ina: Iya..ayam lah tuuu...dah makan dulu baru bercakap !

Tiba-tiba adik mulakan imaginasi....baca nie....

Abang: ayam kokok buat apa tu dik?
Adik: Ayam kokok kejar katak, katak tu lompat-lompat...
Abang: pas tu??
Adik: Pas tu katak tu pegi jalan raya, dia kena langgar !...
Abang: kemudian??
Adik: Kemudian , pas tu ( adik memang tak akan tinggal perkataan pas tu :) ) katak tu mati !, cian katak !
Abang: Lalu??
Adik: Lalu, pas tu adik tanam katak tu, orang bawak keta cari katak tapi tak jumpa!. Katak dah ilang!!

kami semua gelak beso dengan jawapan adik...Aku terus tanya untuk menguji imaginasi dia..

kak ina: katak ilang pegi mana?
adik: kena tanamlah mama....cian katak!
kak ina: ayam kokok pulak?
adik: ayam kokok adik makanlah mama !...


hahahahahahaha...cam tulah cerita anak kecil ku yang keletah tu!...budak sekarang lain betul dengan zaman kita dulu kan....bijak..



No comments:

Post a Comment