Ku baca coretan di dinding kenangan
kucungkil segala dendam
yang terpendam di kamar hati
ku dakwatkan cinta yang mengalir ini
lalu ku nukil sebuah puisi
ku percaya sampai bila bila
tidak akan terjumpa
insan yang sempurna
sehingga ku terjatuh cinta
setiap pagi terjaga
teringat kamu ada
itu penyebab utama
aku gigih rela
nafas ini dihela
selamalamanya
jika ku mempunyai segala harta dunia
pasti aku akanbahagia
semua itu tidak bermakna
tanpa dirimu disisi bersama
pernah ku bertanya
apakah kau dicinta kerana kecantikan rupa ?
tiba masa ku beri jawapan sebenarnya
"kau semakin cantik kerana kau di cinta "
No comments:
Post a Comment