Friday, April 30, 2010

# Seperti yang dijanjikan...


Akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaaa.....


Hari nie siaplah 2 biji sarung kusyen yang di telah kak ina jahit dengan sungguh-sungguhnya! Semua bahan dari kit yang di datangkan khas dari kit rose yang di beli kelmarin telah habis ku gunakan....:). 

Yang berbaki riben 1 1/2 " yang kak ina rasa cukup untuk buat sekuntum rose besar dan 2 kuntum . yang untuk filler pun cukup lagi untuk 2 biji bantal rasanya.Kena beli riben 1 1/2 " gamaknya dari pn ann nie. Nak buat sepasang sarung kusyen lagi...ketagih nak menggulung!!!

Walaupun tak secanggih mana tapi dimataku ia tampak cantik sekali..hahahhaa...meh gelak sesama kak ina meh..:D :D :D









salam sayang dari

Wednesday, April 28, 2010

# Bun manis



Tadi kak ina bakar bun manis nie, Resepinya kak ina ambil dari blog http://sue-hasue.blogspot.com
Tq sue dengan resepi yang cedap nie! Rotinya gebu. Dalamnya kak ina letak mentga + gula sikit sebagai inti.


Resepinya:

300gm tepung gandum
80gm gula
20gm susu tepung
1 biji telur
1 sudu teh yis + 1/2 cawan air suam
1 sudu besar majerin
1/2 sudu teh pelembut roti
sedikit bread improver

cara:
1- tepung+gula+susu tepung+ bread improver digaul rata
2- lubangkan tengah2nya, masukkan telur
3- masukkan marjerin
4- gaul rata +air+yis
5- uli dan masukkan pelembut roti
6- perap sampai doh naik sekali ganda
7- bulat bulatkan doh kecil kecil, masukkan marjerin sebagai inti
8- bakar 20min pada suhu 175' c atau 180'c

selamat mencuba.....


# Mee Bandung Muar


Kali nie kak ina nak kongsi resepi mee bandung muar walaupun kak ina bukan orang muar :)

mee nie sedap kalau makan waktu petang sambil minum air teh....

Resepinya:

600gm mee kuning ( basuh mee nie dulu ya )



untuk kuahnya:
*10 tangkai cili kering
*5 biji bawang merah
*7 ulas bawang putih
*1/2 cawan udang kering
1/2 cawan udang hidup
1 cawan daging rebus
2 pokok sawi
4 cawan air rebusan daging
1 cawan gula pasir
garam
telur
1 sudu besar sos tiram

Bahan iringan sebagai penyeri dan penambah kesedapan :)

Daging ayam, fishball, sotong, bunga kobis, bawang goreng dan cili jeruk.

Cara masak kuah :

1- Kisar halus bahan yang bertanda *.
2- Tumis dengan minyak sampai naik bau. Masukkan sos tiram.
3- Masukkan air rebusan daging.
4- Masukkan juga daging ,udang hidup, sawi, fishball, sotong, bunga kobis dsb.
5- perasakan dengn gula dan garam.
6- Tunggu sampai kuah agak pekat sedikit.

Bila nak masak mee, ambil kuah ini  secukupnya untuk sepinggan mee, panaskan dan masukkan mee. Pecahkan telur sebiji. Angkat dan tabur dengan bawang goreng juga cili jeruk

Bolehlah di makan :)

Tuesday, April 27, 2010

#Kit Rose dan percubaan pertama :)

Semalam 26 Apr 10, kak ina terima dari tangan pak posmen kit rose yang kak ina oder dari Pn Ann. Teruja sangat sebenonya nak menerai rose advance nie. Kali nie kak ina nak terai dengan melihat gambo langkah demi langkah yang di sertakan dalam kit tu, sebelum masuk kelas yang sebeno benonya....so nie lah hasilnya...taraaaa!!!

Actually kak ina minta juga pendapat Pn Ann melalui email dan Pn Ann memang guru yang best sangat!, dia terus komen dan kak ina pun ambil inisiatif merepair bunga kak ina tu...hehehe..tapi tak per..kak ina akan terus praktis dan praktis..kata guru, more praktis become perfect! 


Plan nak bantal kusyen...komen ler apa yang patut ya....di alu alukan nie...bukan ikan alu alu ya...










Inilah kitnya...semua lengkap...tinggal nak menyulam jer.....









Sunday, April 25, 2010

# Beg RE - pink roses

Kali nie kak ina upload beg RE lagi :). Menggunakan keadah ros kelas pertengahan, bunganya berkelopak jugalah walau tidak se'cun' bunga ros advance ... tapi oklah tu kan?


Agak payah gak nak buat beg nie, dengan lapik spannya..zip lagi...mencabar gak ler pada kak ina yang tak berapa tahu nak buat beg nie..:D




























Tuesday, April 20, 2010

Dialog Si Kecil 3 Tahun !

Anak kak ina baru berusia 3 tahun tapi apa yang nak di ceritakan kat bawah nie tentang dialog spontan dia dengan abangnya. Seingat kak ina, dulu masa usia kak ina sebaya dia, mulut berat nak bercakap, sampai mak kata, dia siap goreng bertih nak bagi kak ina bercakap :)

Agaknya yang kecil nie mengikut mak dia yg dah becok sekarang kot?....Eh!jom baca apa yang kak ina tulis nie...

Waktu nie waktu makan tengahari. Sebaik sahaja abang dia balik dari sekolah, kami akan makan sama. Hari tu kak ina masak sup ayam....

Adik: Mak, suapkanlah adik ayam tu...dah lapar nie
Kak Ina : Iya yang...nak suaplah nie..haa..buka mulut..
Adik: Emm...sedapnya sup mama !..( wah! kembanglah hati mama dia nie ) hahahha ...
Abang: Adik!, ayam apa tu?
Adik: Ayam kokok la....kan mama kan ? ( tanya dia pada ku untuk menguatkan jawapannya )
Kak ina: Iya..ayam lah tuuu...dah makan dulu baru bercakap !

Tiba-tiba adik mulakan imaginasi....baca nie....

Abang: ayam kokok buat apa tu dik?
Adik: Ayam kokok kejar katak, katak tu lompat-lompat...
Abang: pas tu??
Adik: Pas tu katak tu pegi jalan raya, dia kena langgar !...
Abang: kemudian??
Adik: Kemudian , pas tu ( adik memang tak akan tinggal perkataan pas tu :) ) katak tu mati !, cian katak !
Abang: Lalu??
Adik: Lalu, pas tu adik tanam katak tu, orang bawak keta cari katak tapi tak jumpa!. Katak dah ilang!!

kami semua gelak beso dengan jawapan adik...Aku terus tanya untuk menguji imaginasi dia..

kak ina: katak ilang pegi mana?
adik: kena tanamlah mama....cian katak!
kak ina: ayam kokok pulak?
adik: ayam kokok adik makanlah mama !...


hahahahahahaha...cam tulah cerita anak kecil ku yang keletah tu!...budak sekarang lain betul dengan zaman kita dulu kan....bijak..



# Sulam Riben Pada Hujung Tangan Baju Kurung




Hari tu kak ina baru sudah siapkan silibus riben pertengahan yang di ajar oleh pn ann, sebaik aja sudah menyulam, datang lah seorang jiran membawa hajat nak menempah buat baju kurung.


Kak ina ok aja..pas tu kebetulan kainnya plain...dia kata kalau buat sulam riben macam tu boleh tak sambil menunjuk pada 'kebun bunga' riben kak ina yang baru sudah siapnya :)

Kak Ina kata, kalau boleh akak jahitkan la..tapi kalau fabric liat akak tak buatlah ya...maklum 1st time org minta RE pada baju :)

Akhirnya, inilah hasilnya...taraaaaaaaaaaaaa.. Yang penting tuan baju suka sesangat :)))


Monday, April 12, 2010

# Jejak Kasih + Kek Pelangi

Semalam kak ina hepi sangat tau ...sebab? sebabnya kak ina di kunjungi olehkawan lama yang dah 19 thn tak jumpa!.. Kami nie dulu duduk sebelah menyebelah katil kat asrama puteri jb. Along seorang yang lemah lebut orangnya. Sikap lemah lembut dia tetap mantain. Along comel dgn badan yg dah berisi sikit...eeeiii tak tau nak gambarkan kegembiraan hati kak ina nie.

masa dia call kata nak dtg rumah...kak ina cuma terpikir nak bake cake aja sbb bahan lain tak ada kat rumah. So nie lah keknya :)

sampai aja along, kek pun masak....nak rasa?...ambik ler...hehehe.. Kek Pelangi












Resepinya:
250g mentega
220g gula castor
220g tepung naik sendiri
4 biji telur ( gred A)
50ml susu segar
1/2 sk esen vanilla
pewarna kuning
pewarna hijau
pewarna merah
pewarna coklat@ 1 sb serbuk koko

cara:
1- pukul mentega +gula sampai kembang
2- masukkan telur satu persatu
3- ambil sebahagian dari tepung dan gaul, tuang susu dan akhir sekali masukkan tepung yang sebahagian tadi
4- bahagikan adunan kepada 4 bahagian ( setiap satu bahagian 200gm )

cara susun dalam loyang
- Sudukan dua sudu adunan kuning diikuti sesudu hijau, sesudu merah dan sesudu coklat.
- untuk round yg kedua, semuanya di sudukan sesudu sahaja sampai habis

bakar pada suhu 180'c selama 45min

selamat mencuba ya...










Wednesday, April 7, 2010

# SAYA MAHU BLOG SAYA DI JELAJAH OLEH BEN ASHAARI kerana ...

Dah macam nak buat karangan Bahasa Melayu pulak  ek?. Tak per demi menyahut program Jelajah blog oleh Ben kak ina akan mula mengarang. Wah!

Saya mahu blog saya di jelajah oleh Ben Ashaari kerana saya nak blog saya di kunjungi oleh orang yang glamor. Kan Ben tu glamor!.  Lagi pulak saya pun nak jugak blog saya diketahui oleh blogger lain...best ramai kawan nie!

Bila mana Ben dah menjelajah tu dapatlah kak ina tau kelemahan blog kak ina nie. Untuk Ben, sila lah datang ke blog bila-bila masa. Kopi ambil aja di coffee maker kalau kak ina tak ada ya...
terimakasih Ben .









salam dari,

Tuesday, April 6, 2010

# My Sifu - Pn Ann



Inilah guru yang banyak berjasa pada ramai wanita melayu yang ingin menjana pendapatan. Terimakasih Pn Ann atas usaha murni puan ...moga sentiasa beroleh kesihatan dan kejayaan demi kejayaan...aminnnnnnnnn


# Bunga kecik pemanis sulam riben...


Bagi peminat RE pasti setuju yang bunga2 kecil pada setiap RE adalah sebagai pemanis tiap sulaman riben..kan? kan?..:) tapi yang kecil2 tu lah yang lambat nak siap...



Monday, April 5, 2010

# MENGHADIRI BENGKEL KELAS INTERMEDIATE PN ANN 4 APR 10

Paten bunga yang telah di ajar oleh Pn Ann...berbaloi-baloi....tak percaya?
kena percaya jugak...:) ada 8 paten semuanya. Rugi pada siapa yang tak join kelas hari tu...iyaa....betul...nanti kalau nampak Pn Ann nak buat bengkel..join tau :)






Rozet roses...macam salah aja kak ina eja nama bunga tu ek?...tapi bunyi adakan?...hehehe....susah betul nak menjahitnya...









Yang nie namanya zig zek rose...uiiii jenuh nak siapkan sekuntum !











nie pulak namanya stem rose...puasla memintal kelilingnya...dah sedap- sedap sulam..tgk bawah kain...berjurai riben....apalagi!!!! bukakkkkkk..buat balik!....hehehebelajar punya pasal buat banyak kali pun tak per....pn ann kata, tarik dari punca..tapi sebeb kak ina tak  pandai..kak ina buka semua :)







yang purple tu teratai namanya dan yang kaler oren  tu pulak chain rose...yang nie pun fenin2 gak nak membulatkan nya...Anyway..semua siap di ajar oleh pn ann....






Buat Pn Ann, terimakasih tak terhingga atas tunjuk ajar pada dalam kelas hari tu. Sudahlah Pn Ann tak lokek ilmu tambah dengan tak lokek bahan!...tu yang sayang dengan sifu yang sorang nie !Ada aja kelas lain pasti kak ina akan jadi anak muridnya :)

Nielah hasil yang dapat di upload. Actually belum siap bahagian fillernya...bunga2 pemanis gitu.....kalau tak cantik bukan salah ajaran sifu pn ann tau...tapi kelemahan anak murid dia nie ha...tak per..akan di tambah usaha nanti!...



Friday, April 2, 2010

# CARA MENADAH TANGAN/BERDOA YANG BETUL







sedikit Ilmu untuk dikongsikan bersama......dari email seorang sahabat...

 

Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa. Keadah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat kepada Allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik. Pada tapak tangan kita aada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.

Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. “Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur ‘ba’ . Titik ‘ba’ letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur ‘ba’ bernama ‘Har Hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan” .    Mencari keberkatan doa… Doa senjata orang mukmin…. Berikut ada panduan tata cara berdoa iaitu: 
1) angkat tangan ke paras dada
2) rapatkan kedua-dua belah tapak tangan
3) “apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba ب Titik ba terletak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yg kita tadah. Setiap huruh hijaiah didalam al quran ada malaikat yang menjaganya. Huruf ba dijaga oleh malaikat bernama ‘har hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap allah tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan. 
4) duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
5) sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Cthnya… jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama allah ar-razaq dan disusuli juga dengan bersalawat nabi saw
6) berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yg dapat difahami kerana allah maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambanya
7) ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sedari usia kecil kerana insya allah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan. 
 


# Sifat Seseorang Berdasarkan Tanggal Lahir dan Surah Al Quran

Dari email seorang sahabat...

Untuk mengetahui karakteristik sifat seseorang, kita bisa menganalisa menurut astrologi/zodiac, shio atau dari kalender Jawa. Tapi kali ini saya ingin berbagi info dari sini yaitu Menyibak Rahasia Karakteristik Sifat Seseorang Sesuai Tanggal Lahirnya Menurut Al-Qur’an. Percaya atau tidak terserah bagaimana anda menyikapinya. 
  
Tanggal 1
Surat Al Fatihah (Pembukaan)

Menyukai hal baru, berbakat menjadi pemimpin, seorang pioneer (pelopor), idealis, cenderung ingin sempurna, pandai memanfaatkan kesempatan, egois, harus selalu jadi prioritas utama, sering mengulangi kesalahan yang sama, orang yang belum mengenalnya akan mengira sebagai sosok yang angkuh dan sulit ditaklukkan.


Tanggal 2

Al Baqarah (Sapi Betina)

Pekerja keras, taat akan hukum dan aturan, memiliki jiwa sosial dan kepedulian tinggi, menyukai hal-hal yang bersifat rutinitas, jika dia mampu ada cenderungan menjadi seorang dermawan, kurang inisiatif, sering dimanfaatkan orang lain serta gampang percaya kepada orang lain.


Tanggal 3

Al Imran (Keluarga Imran)

Seorang pemimpin (walaupun dalam kelompok kecil), berhati-hati dalam bertindak, mengayomi, tegas, suka suasana perdebatan dan agak cerewet, jika wanita ia cenderung tomboy, ingin menang sendiri, seorang pemimpi dan sering berfantasi.


Tanggal 4

An Nisa (Wanita)

Sensitif dan perasa, feminim, protektif terhadap keluarga, kreatif, kompak tapi mudah dipengaruhi, agak jahil (iseng), dan penggoda.


Tanggal 5

Al Maidah (Hidangan)

Diperlukan banyak orang, menyukai perubahan, memiliki insting yang lumayan, cepat bosan, ingin dilayani, susah diatur.


Tanggal 6

Al Anaam (Binatang Ternak)

Punya insting tajam, kurang mandiri, terkadang seenaknya sendiri, emosional, pemalu dan kurang percaya diri, dan cepat berubah pikiran.


Tanggal 7

Al A’Raaf (Tempat Tertinggi)

Cermat dan teliti, mudah mengambil hati orang lain, penuh inspirasi, terlihat sombong, suka meremehkan dan cepat puas.


Tanggal 8

Al Anfaal

Optimis, mobilitas tinggi, menyukai perubahan, emosional, gampang berubah pendirian, saat marah suka menyakiti diri sendiri.


Tanggal 9

At Taubah

Pemaaf, perfeksionis, mudah bergaul, tegas, tidak suka basa basi, tidak cepat puas, ingin selalu diperhatikan, keras kepala dan mudah goyah.


Tanggal 10

Yunus

Cepat menyesuaikan, banyak cara keluar dari persoalan, setiap kemauan harus terpenuhi, licin dan cerdik, tidak bisa dikekang dan susah diatur, mudah menyangkal dan banyak alasan.


Tanggal 11

Huud

Dibutuhkan banyak orang, mudah menerima, berhati-hati dalam berbuat, tidak banyak kemauan, pasif, terkadang diremehkan, peka perasaan.


Tanggal 12

Yusuf

Percaya diri, optimisme tinggi, tekun, teliti, disukai banyak orang, emosional, tidak mudah percaya, tidak bisa menahan keinginan, ambisius.


Tanggal 13

Ar Ra’du (Guruh / Petir)

Pemikir, dinamis, menyukai perbedaan, mudah menarik perhatia, logis, suka berdebat, tempramental, lambat memahami sesuatu.


Tanggal 14

Ibrahim

Pembimbing yang baik, patuh pada aturan, keras dan tegas, banyak rencana, rela berkorban.


Tanggal 15

Al Hijr (Batu)

Perfeksionis, keras kepala, telaten, gampang goyah pendiriannya, mudah dipengaruhi.


Tanggal 16

An Nahl (Lebah)

Rajin dan tekun, ramah, peka pada suasana di sekitarnya, berjiwa sosial, pandai memanfaatkan kesempatan, rapi, cerewet, sensitif dan agak cengeng, pendendam.


Tanggal 17

Al Israa

Idealis, banyak ide, suka berkhayal, emosional, lebih produktif jika beraktivitas pada malam hari (kegiatan yang baik dan bermanfaat).


Tanggal 18

Al Kahfi

Suka menolong, pengamat yang baik, pandai menyimpan rahasia, tidak mudah percaya, suka memendam masalah dan mengurung diri, susah ditebak maksudnya.


Tanggal 19

Maryam

Pengasuh, kekanak-kanakan, menyukai anak-anak, suka mengajar, sabar, memiliki banyak cara menyelesaikan masalah, bicara berdasar bukti, sering difitnah.


Tanggal 20

Thaha

Misterius, suka bepergian, memegang teguh aturan, suka lari dari masalah.


Tanggal 21

Al Anbiyaa

Bertanggung jawab, seorang pemimpin dan pemikir, pendengar yang baik, menerima apa adanya (ikhlas), tidak banyak kemauan.


Tanggal 22

Al Hajj

Segala sesuatu harus sempurna, mudah dipengaruhi, gampang terpengaruh, terburu-buru ingin cepat sampai tujuan, menyukai keramaian, sering berfikir muluk.


Tanggal 23

Al mu’minuun

Normatif, sensitif, feminim, fanatik terhadap sesuatu, mudah terpancing emosinya.


Tanggal 24

An Nuur

Mudah memberikan jalan keluar, cermat memilah masalah, pendengar setia, mudah tersinggung, suka mengungkit-ungkit, gampang menyalahkan.


Tanggal 25

Al Furqan

Punya skala prioritas, gemar membandingkan, ceplas ceplos, kurang inisiatif dan tidak banyak kemauan.


Tanggal 26

Asy Syuara

Pandai mengambil hati, suka berbelit-belit, kurang berani untuk menyampaikan keinginan, agak cerewet, tidak banyak keinginan, kurang romantis.


Tanggal 27

An Naml

Insting kuat, memiliki perencanaan yang baik, pandai memanfaatkan peluang, susah bekerja sendiri, mudah panik, tidak bisa disalahkan, mudah tersinggung, tidak bisa ditentang.


Tanggal 28

Al Qashash

Berani menyampaikan keinginan dan pendapat, memegang komitmen, mudah bergaul, tidak pernah kehabisan bahan pembicaraan, pendendam, emosional, romantis, pencemburu.


Tanggal 29

Al Ankabuut

Banyak kenalan, sabar, dinamis, kurang menyukai keramaian, tidak berfikir panjang, kurang pandai memelihara jaringan, bekerja kurang sistematis, mudah tersinggung.


Tanggal 30

Ar Ruum

Optimis, banyak akal, anggun, tempramental, suka bertindak semaunya dan ingin menang sendiri, pencemburu berat, setiap kemauannya harus dipenuhi.


Tanggal 31

Lukman

Bijaksana, seorang pemimpin, melindungi komunitasnya, sabar, tekad kuat, otoriter, setiap perintahnya harus dituruti.

Sesuaikah karakteristik sifat Anda berdasarkan Surat di atas ?
Wallahu’alam