Tuesday, June 29, 2010

# Kek lagi !!! - Carrot Cake

Carrot Cake ( mesti cuba sebab sedap ! )

Actually dalam tercari cari resepi kek lobak yang kak ina suka akak terjumpa blog nie dan testimoni dia amat meyakinkan....chewah! tq pada bloger dgn blog bernama impian teratak . sila klik sini untuk ke sana dan dapatkan resepinya ya..kalau tak rajin kena rajin juga sebab banyak resepi sedap kat situ :).

Untuk simpanan kak ina resepinya kak ina copy paste kat sini ( minta izin ya tuan impian teratak )


Bahan-bahan
  • 3 cawan lobak merah -di parut
  • 4 biji telur
  • 1 1/4 cawan minyak sayur- next time nk kurangkan maybe 3/4cwn@1 cwn memadai- sy letak 3/4 cwn minyak jagung
  • 2 cawan gula- hana kurangkan sbb ltk madu dua sudu. lg sedapp!- sy letak 3/4 cwn brown sugar,1 cwn gula castor dan 1 sudu madu
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan golden raisin
  • 1 cawan walnut- roast & crush- x letak
  • 1 sudu teh garam halus
  • 2 sudu teh soda bikarbonat- hana kurangkan- letak 1 sudu teh
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis - x letak
  • Topping/Glazing
  • 1 1/4 cawan gula icing
  • 3 oz creamcheese ( maaf ya, nnti i convert into gm)
  • 1 sudu makan corn syrup ( boleh diganti ngan golden syrup)
  • 1 sudu teh vanilla extract
Cara-cara
  1. Ayak tepung bersama garam, baking powder & soda.
  2. Masukkan pula parutan lobak merah, walnut &raisin kedalam tepung. Gaul rata.
  3. Didalam bekas lain, pukul telur,minyak & gula hingga sebati.
  4. Masukkan campuran telur kedalam campuran tepung dan gaul rata.
  5. Masukkan adunan kedalam loyang 10" yg telah di gris.
  6. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan selama 50-60 min pada suhu 175C atau sehingga masak.
  7. Bila sudah masak, keluarkan dah sejukkan dan masukkan kedalam peti sejuk sehingga betul2 sejuk.
  8. Setelah sejuk, boleh dihias dengan creamcheese glazing.
  9. Topping/Glaze- Pukul creamcheese bersama gula icing, syrup dan vanilla extract.
UTK TOPPING hana gune resepi zaliana.- sy pun sama gak cam Hana
50 gm mentega
215 gm krim keju
130 gm gula aising - hana kurangkan
1 camca teh esen vanilla - hana ganti jus lemon
> pukul semua sebati dan sapukan atas kek.




terimakasih juga pada za :) utnuk glaze yg sedap !!!!!







# Sarung kusyen - Simple but Nice



Sesuai dengan namanya....

Monday, June 28, 2010

# Ilham Malam 1


Terkejar-kejar kak ina minggu nie. Doakan kak ina sentiasa sihat ya....Dimudahkan kerja supaya cepat siap semua tempahan.

Ilham malam 1
size: 14 x 15 x4
harga : rm50

aminnn..





Thursday, June 24, 2010

# sesungguhnya...


Kak ina tak dapat nak menyulam buat masa nie sebab baju tempahan msih banyak lagi..huhuhu...lamanya tak pegang riben....

Wednesday, June 23, 2010

# Balik kampung :)


Pada cuti sekolah baru-baru nie. kak ina balik lah ke kampung laman dalam 5 hari. Balik kali nie dapatlah kak ina makan kacang phool seperti yang di ceritakan dalam sebuah blog yang kak ina baca. Rupanya tu makanan warisan johor!!!!...teruk betul kak ina nie kan? orang johor tapi tak tau apa tu kacang phool.

bukan nak iklanlah, tapi kak ina makan kat larkin tu kat gerai  kacang phool haji. memang sedap bila dipercik dgn air limau asam kasturi...pegh!!!!...
sesiapa kalau g jb...carilah kacang phool tu ya..







satu cerita lagi, masa kat kampung tu sempatlah buat demo bakar kek keju yang kak inabelajar hari tu. Wah! ayahndaku teramatlah rasa ketidakpercaya yang anak dia boleh buat kek itu!!!..hehehe...dengan semangat dia nak memotong kek tu...:)

kembang gak ler hatiku ini..hehehe



Sunday, June 20, 2010

# Kek Choclate Rice



Bahan-bahan:

250gm mentega
1 3/4  cawan gula castor
2 cawan tepung naik sendiri
5 biji telur ( asingkan putih dan kuningnya )
1 sudu kecil ovelatte
1/3 cawan choclate rice
pewarna kuning


Cara membuatnya:
1- Pukul putih telur  + 3/4 cawan gula castor hingga kembang. Ketepikan.
2- Pukul mentega + ovellate + 1 cawan gula castor hingga kembang dan masukkan kuning telur        satu persatu.
3- Masukkan tepung naik sendiri selang seli dengan putih telur yang telah di pukul tadi hingga           selesai
4- Masukkan choclate rice dan masukkan dalam loyang  9"
5- bakar pada suhu 170'c selama 45min

selamat mencuba.




Thursday, June 10, 2010

# Gaun lagiiiii.....


Kelmarin kak ina pegi tinjau-tinjau kedai kain Nagoya, terlihatlah akan kelibat kain yang menawan kalbu nie...apalagi kak ina pun belilah 2 meter. 

Dalam kepala memang ingat nak buat gaun se kecil cinonet tu jer...2 jam selepas digunting..makan terhasillah gaunyang tak sebeberapa nie....janji puas hati..:)






yang nie poketnya....senang nak isi gula-gula gituuu..





Tuesday, June 8, 2010

# Kembang Pagi














Hari nie dapat juga kak ina menyiapkan satu lagi tempahan orang. Alhamdulillah.


# Jika Itu Qada' Nya ( Akhir )

“ TAHNIAH Ida!, tak sangka ya jadi jugak kau dengan ‘jejaka kayangan’ kau! “ usik Intan bila ku beri sekeping kad jemputan.
“ Ngada-ngada lah aku Intan!, Dah penatlah tanggung rindu, kau tu bila lagi dgn abg Din kau? Jangan lama-lama bertunang…tengok aku bertunang pun tiga bulan aja “ balasku pula.
“ Kau tu dah gatal, sebab tu kau bertunang kejap aja” ejek Intan sambil menjelirkan lidah padaku.
“ Amboiiii sedapnya dia kata aku gatal!. Aku bukan gatal cuma aku aku tak nak kehilangan ‘jejaka kayangan’ aku tu jer” jawap ku sambil ketawa kecil
“ Aku tak lama lagi Ida…Abang aku tahun nie balik lah dari training dia di Jepun tu, aku pun macam kau dah penat tanggung rindu tau ! “
“ Datang tau!, kau pengapit, jangan tak datang pulak!, kain yang aku bagi tu buat baju cepat…kang tak sempat”
“ Iyalah..iyalah, okey 16 May ya?..ok !siap punya baju nie..” jawap Intan sambil menjuihkan bibirnya lalu minta izin untuk beredar.

Dari seorang kawan chat dia menjadi seorang kawan baik. Dari seorang kawan dia menjadi seorang kekasih yang cukup hebat !. Pernah merasai putus cinta dan juga merasai nikmat bercinta. 16 May kami pilih sebagai mematri kisah cinta aku dan dia.

*****

Ku tatap wajah kesayanganku dengan hati penuh syahdu. Sebentuk cincin kini tersarung kemas di jari manisku. Dengan penuh rasa cinta ku kucup tangan ‘jejaka kayangan’ ku dengan penuh kesyukuran. Masih teringang- iang lafaz sebentar tadi:

“ Aku terima nikahnya Rafidah binti Suhairi dengan mas kawinnya rm 22.50, tunai”
“ SAH!”, para empat orang saksi mengesahkan pernikahan kami berwalikan bapaku.

Lafaz takliq dibacakan dihadapanku, aku mendengar penuh syahdu. Dalam hatiku berkata, Inilah suamiku. Inilah insan yang berjaya melemahkan hati kerasku untuk menerima cinta seorang lelaki. Sebuah kucupan penuh syahdu ku terima di dahi ku dengan terlafaznya ikrar takliq Zamri Bin Ahmad menerima aku Rafidah Binti Suhairi sebagai isterinya yang sah. Sebaik sahaja ciuman pertama ku terima, tanpa disedari setitik airmata jatuh di atas tanganku. Ida bahagia abang- bisik hatiku..

“ Tahniah Ida, segak pilihan Ida ya..Zamri ?..nick yang mana nie ?” Tanya Aisyah.
“ Alaa…nick nie Aisyah tak kenal …tapi adalah dulu sama-sama chat dengan kita “ balas ku sambil tersenyum. Menurut abang zam, fotonya tidak pernah diberikan pada sesiapapun selain dari ku.

“ Tahniah Ida, aku tampang bahagia degan pernikahan kau ini. Lepas nie aku jadi auntie lah pulak ya…” Intan mula dengan hobinya mengusik aku.
“ Aku doakan kau juga akan menikmati kebahagian yang aku rasa nie Intan”
“ Insyallah Ida”

*****
Malam itu….

“ Abang, terimakasih kerana memilih Ida sebagai isteri abang, Ida tak sangka setelah banyak dugaan hati yang Ida tanggung ini yang Ida dapat. Syukur sangat”
“ Terimakasih juga buat Ida, kerana sudi menerima abang sebagai suami Ida. Abang akan menjadi suami yang terbaik buat Ida di dunia dan akhirat nanti, Abang nak tembus semua kesalahan abang pada Ida.emmm… “ jawapnya sambil mengucup lembut ubun-ubunku.
“ Abang janji tak akan sakiti hati Ida lagi”
“ Ida pun! “ jawapku sambil mencubit hidungnya.
“ Lepas nie , ida kena rajin masakkan abang ikan sambal goreng, bakarkan kek coklat untuk abang, asam pedas ikan pari and kena suapkan abang tau “
“ Eiii ngada-ngadalah abang nie…tapi Ida akan layan abang macam anak kecil..nak ke macam tu? “ balasku sambil ketawa kecil.
“ Eiiiii….abang lagi suka tau kalau Ida layan abang macam tu” sambil dia melabuhkan kepalanya di ribaanku.
“ nanti kita belajar agama sama-sama ya. Ida jadi murid abang,abang jadi guru Ida, abang akan ajar Ida jadi isteri yang terbaik untuk abang”
“ Boleh abang..Ida pasti akan jadi anak murid yang paling nakal!”
“ Nakal?…”
“ Oooo ada hati nak nakal dengan abang ya…” sambil tangannya melingkar di pinggang ku.
“ Abang nak Ida bahagia dengan abang, Idalah cinta sejati abang tau!. Dulu masa mula-mula jumpa Ida, hati abang berdebar- debar. Nak tahu?..masa tu abang berkata dalam hati abang..Inilah wanita yang aku cari selama ini! “
“ Tipulah!”
“ Betul Ida...pujangga Inggeris ada berkata:
In front of the person you love, your heart beats faster. In front of person you love, winter seems like spring. The feeling of love starts for the eye. Haaa… macam tulah yanga bang rasa masa jumpa Ida tau!””
“ Terharunya Ida…Ida pun sama macama abang tau, masa mula jumpa lunch date dulu. Ida dapat rasakan bahawa abanglah jodoh Ida di dunia ini”
“ Terimakasih ya abang…banyak yang dah kita lalui dan ini baru permulaan episod cinta kita”
“ Baru bermula?” abang kehairanan.
“ Iya…dan kisah cinta kita akan sentiasa baru bermula…hehehehe “
“ Nakalnya isteri abang nie…”
“ Adeh! Sakitlah abag..tarik telinga kita lak?”

“ yang..indahnya kan bila kita memiliki orang yang kita sayang”
“ Iya abang” sambil ku sandarkan kepalaku di dadanya. Dia membelai lembut rambutku dan sekali sekala disinggahi dengan kucupan penuh kasih sayang. Ya Allah..terimakasih..detik hatku. Inilah suami yang aku impikan.
“ Yang , kita belum solat Isyak, yuk jemaah”
“ Yuk”

Malam itu, kami berdua melakukan solat isyak bersama-sama. Abang zam sebagai imam dan aku makmumnya. Selesai solat wajib, aku melakukan sunat syukur , tanda syukurku kepada Allah kerana menemukan aku dengan suamiku. Siapa menyangka laman chat sebagai ruang untuk aku mengenalinya. Merinduinya, menyayanginya dan sekali gus menyintainya sepenuh hati. Aku berdoa semoga hubungan ini akan berkekalan hingga ke akhirat.

Selesai membei salam, aku melihat abang tersenyum manis di birai katil.

“ Akhirnya Ida milik abang kan?, abang bahagia sayang “, bisiknya sambil merangkul pinggangku, sebaik sahaja aku duduk diribaanya.
“ Ida juga bahagia abang, bahagia sangat”, abang janji cari Ida di Mahsyar ya. Ida nak jadi isteri abang kat sini dan kat sana ! “…rengekku.
“ emmmm….iya sayang, abang akan cari Ida sampai dapat! “…balas abang sambil mengigit telingaku.
“ Eeiii …gelilah ..”
“ tidur yuk…lewat malam dah nie. Esok abang kena berus periuk !”
“ Padan muka!” ejek ku..
“ Oooo…ejek kita ya”…sambil menarik badanku rapat dalam pelukkanya. Aku membiarkan abang memelukku erat. Pelukkan yang amat aku rindukan.
“ Emmm….abang nie..”
“ Sayanggggggggggg dia” satu lagi ciuman singgah di pipiku.

“ abang”
“ Iya sayang, ada apa ?”
“ Boleh Ida Tanya?”
“ Tanya ajalah yang..tentang apa tu agaknya?
“ Ida hairanlah abang, macam mana abang tahu saiz jari Ida waktu beli cincin pernikahan kita nie?, sambil aku memutar-mutar cincin pernikahanku di jari manis. Kan abang beli without Ida?”
“ OOO itu yang Ida hairankan?..macam nie…masa abang nak beli tu abang cari cincin yg muat-muat kat jari kelingking kiri abang. Pas tu abang rasa saiz yang salesgirl bagi tu agak longgar. Ingat tak abang pernah pegang jari Ida dulu masa kita jumpa mula-mula untuk lunch?. Haaa... masa tulah abang ikut gerak hati..abang rasa saiz jari Ida mesti kecik lagi..so abang pilih saiz yang Ida pakai sekaranglah…semuanya ikut gerak hati sayang…”
“ Wooiiiii terernya abang!” jeritku kegirangan…
“ Macam tak percaya abang boleh tahu saiz jari Ida tau!”
“ Itulah maknanya cinta abang ikhlas tau …Abang tahu saiz jari Ida tanpa membawa jari Ida sebagai contoh!, kalau tak dah lama jari isteri abang kudung..hehehe” jawap abang dengan gelak kecilnya.

muahhhhhhhhhh…satu ciuman aku berikan di pipi kanan suamiku dan satu lagi ciuman di pipi kirinya.
“ Cium aja ke?”
“ alaa abang nie”

Aku mengesel-geselkan hidungku dengan hidungnya. Malam itu aku lena di dalam pelukan seorang suami yang amat aku cintai. Lelaki yang mengajar aku erti cinta sejati. Lelaki yang memberi aku perbezaan antara suka dan cinta. Lelaki yang mengajar aku erti derita dan lelaki itu jugalah yang mengajar aku erti bahagia. Perpisahan sementara yang terjadi besar hikmahnya. Di situ kami tahu bahawa antara kami tak mampu berpisah. Aku adalah tulang rusuknya yang kiri.

Semuanya bermula dari satu perkataan – RINDU



alhamdulillah..selesai satu kisah cinta....


Sunday, June 6, 2010

# Iklan jap :) - Class cheese cake with Chef Noraini


For the 1st time, kak ina attend kelas bakery !!!! Teruja bebeno sampai tak lena tido malam tadi!. Fikir macam mana agaknya rupa belajar buat kek nie. Selama nie cuma g kelas jahitan sokmo. Hasilnya................. berbaloi2!!!!





Insyallah , kak ina akan pergi kelas pastri pulak lepas nie...wah!!! sukanyaaaa kak ina hari nie!!!











 

Barisan kek yang selamat dibakar dan di solek :)








Saturday, June 5, 2010

# Cerpen - Ikhlaskan Cinta Mu ( Part 5 )

“ Agaknya kalau Yan jadi isteri saya, Yan masih hendak bekerja ke? “ Dave memulakan perbualan pada pertemuan kami petang itu.
“ Yan lebih suka duduk rumah, malaslah nak kerja bila dah kawin...nanti Yan boleh masak n tunggu hubby balik makan tengahari..eeiii bahagianyakan macam tu ?”. jawapku tanpa berselindung.

Dave tersenyum teruja dengan bicara Yan. Kerana Dave memang suka pada perempuan yang ingin menjadi suri rumahtangga untuknya sepenuh masa. Dia seperti merasakan dia telah membuat pilihan yang tepat dengan memilih Yan.

“ Betul ke Yan nak buat macam tu?. Kalau betullah, sukanya saya. Saya nak sangat bila saya balik bekerja, pulang ke rumah dah ada yang menyambut saya di muka pintu, ada yang menghidang dan menyediakan makanan untuk saya. “

Aku hanya tertunduk malu mendengar jawapan Dave. Bahagianya aku saat itu. Walaupun aku tahu kebahagiaan ini hanya sementara. Bahagia yang hanya sebuah persinggahan rasa yang mampu buat aku tertawa di waktu ini. Rasa ini juga telah membuatku rasa bahagia dan cukup bahagia.

“ Saya janji Yan, kalau Yan sudi menjadi isteri saya, saya akan berubah menjadi seorang muslim yang akan mengikut semua tuntutan agama Yan. Yan kena ajar saya sembahyang, puasa dan semua yang orang Islam kena buat tau!”. 

Sejuk hati aku mendengar kata-kata Dave. Aku jadi terbuai dek janji indah yang aku sendiri tak pasti sejauh mana keikhlasannya. Namun masih juga ku percaya janji-janji manisnya itu. Pasti aku akan di tanya mengapa?. Dan jawapanya hanya satu. Kerna hati ini terlalu menyayanginya. 

Menyintai Dave membuat aku terfikir apakah aku mampu menghadapi kemungkinan untuk merasai kecewa?. Tabahkah aku untuk menghadapi itu semua?. Aku sendiri masih teraba-raba dalam agama yang aku anuti. Apakah aku mampu membimbingnya kelak?. Cukupkah ilmu yang aku ada untuk menyerapkan sinar islam di dadanya? . Ya Allah, hanya Engkau yang mampu menumpahkan hidayah ke dalam hati hamba-Mu itu Ya Allah. Tujukkanlah padanya jalan yang lurus.

Aku semakin pasrah dengan perjalanan hidup aku. Dave menyenangi diriku kerana katanya aku lain dari ramai wanita yang pernah dia kenali. Aku tidak gemar bersuka ria. Aku tidak suka bersosial seperti kebanyakkan wanita yang sebaya denganku. Dia senang dengan perangaiku yang tidak suka melawan. Aku manja dan suka bergurau. Dan sikap begitulah yang dia cari selama ini dari seorang wanita. Aku hanya mendengar sahaja apa yang di perkatakan Dave tentangku tatkala aku menanyakan padanya mengapa aku pilihannya?. Begitu sempurnakah aku di mata Dave?. Menurut Dave iya!. Tentu sekali aku terpengaruh dengan kata semanis gula itu. Terperangkap dengan cinta dua agama!.

*******

Hati orang bercinta memang indah berbunga-bunga. Terlupa pada luka yang sedang menanti. Leka pada sesuatu yang bakal terjadi. Seperti leka sang ular ingin mematuk mangsa, tetapi lupa yang dirinya juga sedang diperhati oleh sang helang perkasa. 

Aku terlupa yang Dave mempunya keluarga yang kuat pegangan agamanya. Sama seperti aku yang yakin dengan agama Islamku. Sedang leka menyulam kasih, sedang tekun mengayam sayang untuk membuat sepasang jubah cinta yang akan di sarung di badan di hari bahagia, aku di kejutkan dengan satu panggilan telefon. 
“ Hello Azian…boleh Auntie jemput Yan lunch nanti ?”
“ Boleh Auntie, ada apa Auntie nak jumpa Yan nie?” tanya ku bimbang.
“ Ada perkara sedikit yang hendak Auntie bualkan dengan Yan”.
“ Ok Auntie, Yan tunggu Auntie depan pintu office ya”
“ Ok Yan, jumpa nanti”

Sebaik sahaja talian ditamatkan aku merasakan ada sedikit kehairanan mengapa tiba-tiba Aunite Yong ingin menemui aku.
“ Apakah Auntie sudah tahu perhubungan aku dengan Dave?” detik hati ku. Ah! Risaunya aku!. Resah aku menanti pada masa yang di janjikan. Buat itu tak kena, buat ini tak menjadi. Oh! Hati sabarlah..tenanglah. Ucap aku berkali-kali pada diriku sendiri.

Tiba waktu yang dijanjikan, kereta Auntie berhenti betul-betul dihadapanku. Aku di bawa ke sebuah restoran makanan segera yang terletak tidak jauh dari tempat kerjaku. Aku dan Auntie mengambil meja yang agak jauh dari pelanggan-pelanggan lain.

“ Yan, Auntie nak tanyalah dengan Yan. Pasal Auntie tahu, Yan rapat dengan Alex dan Dave”. Auntie Yong memandang wajahku sewaktu memulakan perbualan. 
“ Auntie nak tanya Yan tentang apa Auntie? “ 
“ Begini Yan, Yan tau tak ? Dave dah banyak sangat berubah sekarang! “
“ Berubah? Berubah yang bagaimana Auntie?” 
'' Auntie pun tak tahulah Yan, entah kenapa dengan Dave sekarang ni. Selalu balik lewat , kurang bercakap, berkhayal saja. Yan tahu tak kenapa?. Ehmm mungkin dia ada beritahu Yan sesuatu. Auntie tanya nie sebab Davekan baik dgn Yan?. Lagipun Yan pun tahukan…Uncle Yong berharap sangat Dave cepat kahwin. Cari isteri yang berpelajaran supaya boleh tolong Uncle nanti... "

Terpana sebentar aku dengan tiap tutur kata yang keluar dari mulut Auntie Yong. Macam manalah hendak aku terangkan padanya atas sebab musabab perubahan Dave. Kerana penyebabnya adalah AKU!. Bagaimana hendak aku terangkan pada Auntie yang selama ini aku hormati, bahawa anaknya Dave menyintai aku dan aku sendiri menyintai anaknya itu?. Apa yang harus aku lakukan sekarang ini?. Oh Tuhan…berikan aku kekuatan. 

Aku tahu selama ini Dave tidak pernah memberitahu kedua orang tuanya mengenai hubungan kami. Semuanya kerana Dave tahu mama dan papanya pasti menentang. Pernah juga Dave cuba memberi gambaran tentang menukar agama pada ibunya. Namun riaksi yang diterima amat menakutkan Dave. Dave bilang, mamanya pernah berkata, jika sampai ada anaknya yang berniat hendak menukar agama, dia akan memastikan itu tidak akan berlaku dalam keluarganya. Dia tidak mahu anak-anaknya memalukan nenek monyang mereka kerana itu. Meninggalkan agama yang mereka anuti selama ini kerana agama lain. Malah mamanya juga pernah mengugut tidak akan mengaku anak jika anaknya masih berdegil.

Dalam keadaan masih kebingungan untuk memberi jawapan pada Auntie Yong aku di tegur sekali lagi oleh Auntie Yong.
“ Yan..Yan dengar tak apa yang Auntie cakapkan tadi?”.
“ Dengar Auntie, yan dengar. “ tergagap-gagap aku menjawap pertanyaan Auntie Yong.
“ Agaknya Dave ada masalah kerja tak Auntie?. Sepanjang Yan kenal dia, dia okey aja Auntie. Pernah juga dia cakap kat Yan, dia tertekan pasal Auntie sama Uncle asyik tanya pasal bila dia nak kahwin.” jawapku menutup resah.
“ Dia cakap dengan Yan, dia nak bantu Uncle sama Auntie dahulu. Nanti bila syarikat dah stabil , dapat untung banyak baru dia nak fikir pasal kawin.” tambahku lagi.
“ Tapi Yan, Dave tu dah tiga puluh dua tahun tau!, dia sudah patut kahwin. Dia ada beritahu Yan tak pasal girlfriend?” Auntie Yong mengorek rahsia.
“ Eiii Auntie nie…tak kanlah Dave nak cerita pasal girlfriend dia pada Yan!” jawap ku beriring dengan gelak kecil.
“ Iya lah Yan, diakan selalu keluar lunch sama Yan. Sana-sini dengan Yan mesti dia dah anggap Yan kawan baik dia, so tak impossible dia will share some personal things with u Yan.” pancing Auntie Yong lagi.
“ Tak adalah Auntie..tak ada. Nanti Yan cuba tanya Dave ya pasal girlfriend dia ya. Jadi spy Auntie”, jawapku sambil tersenyum nipis. Dalam senyuman itu sebenarnya tercalit seribu kepahitan.

Selesai makan bersama, Auntie Yong beredar untuk kembali semula ke pejabatnya. Aku juga di hantar semula ke pejabat ku. Dalam lift, kotak fikiranku menerawang mengingat semula tiap perbualan aku dan Auntie Yong.

Aduh! Macam manalah aku nie?. Pening! Bingung!. Nak tanya Dave siapa girlfriend dia sedangkan girlfriend Dave itu adalah aku!. Nak jadi spy Auntie pun aku!. Yang berjanji untuk membantu Auntie juga aku!. Haii…Kalaulah aku boleh hilangkan diri aku sekejap dari dunia ini dan pergi ke dunia lain kan bagus. Boleh jugaklah aku berfikir dengan tenang, mencari jawapan yang logik untuk aku berikan pada Auntie Yong. 

Di sini, di kerusi mengadap komputer di pejabat, aku termenung sebentar. Untuk melegakan perasaan, sambil menyanyi-nyanyi kecil lagu Permaidani nyanyian Aris Ariwatan. Liriknya benar-benar menyentuh hati aku. Malah disaat kesedihan dan bercelaru macam inilah aku baru terasa hanya pada-Nya tempat aku merebahkan rasa gundah yang melanda hati. Ya Allah…. Macam dalam lirik lagu itulah…

Bentangkan ku permaidani 
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Cubaan yang ku galas ini
 

Butiran jernih yang mengalir ku seka perlahan- lahan. Aku tak mahu melayan kesedihan ini berlarut-larutan. Risau juga aku kalau-kalau kesedihan aku dapat dikesan oleh rakan-rakan sepejabat.

Petang itu aku pulang ke rumah dengan perasaan yang bercampur-baur. Apa yang hendak aku terangkan pada Auntie Yong?. Dia terlalu baik untuk aku khianati. Dia amat berharap sangat aku dapat memujuk Dave supaya mula memikirkan untuk membina sebuah keluarga. Sedangkan pada saat yang sama ….ahhhhhgggghhhhhhhhhhh…tensionnya!. Tuala ku capai. Di kamar mandi aku kembali termangu-mangu..sambil menyabun badan, fikiran ku ke sana ke mari !. Susahnya hidup begini. 

“ Assalamualaikumwarahmatullah…” ku paling ke kanan. “Assalamualaikumwarahmatullah.. “ ku paling ke kiri. 
Selesailah sudah tanggungjawabku sebagai seorang muslimat di maghrib itu. Setelah membaca Al-Quran sebagaimana biasa. Aku duduk di sejadah..memandang tapi kosong. Melihat tapi buta. Menjerit tanpa suara. Menangis tiada airmata!. Hati aku resah, jiwa gelisah, rasa nan parah. Aku jadi tak tentu arah. Allahu Akhbar. Mengapa aku jadi begini ?.

CINTA- satu perasaan yang sukar dimengertikan. Ianya hadir tanpa di undang. Mengalir meresap ke seluruh tubuh. Darah yang disaluti rasa cinta terasa hangat sentiasa di dalam hati sanubari. Bahagia sahaja akan rasanya. Manis sahaja akan senyumannya. Bila cinta ada dalam jiwa. Alam semua tampak berwarna. Hijau kuning merah biru..semua indah di mata. Bila bersama...lapar terasa kenyang...panas terasa sejuk...bising terasa hening. emmm.....hati berdetik senyum terukir tanpa bicara lahir si peti...namun bahasa bisu tetap jua difahami. Indahnya bercinta. Tetapi kini, semua itu bakal hilang jika rahsia cinta telah terbongkar. Pasti hati berderai berkecai. Pasti nanti senyumanku tawar dan pasti nanti aku kan sunyi. Mampukah semua itu aku hadapi?. Sukarnya bercinta!.

*******

# Jika Itu Qada' Nya( Part 10 )

“ Assalamualaikum Aisyah, lama tak sembangkan…banyak kerja ke?
“ Iyalah Ida, memang banyak. Tu sebab lama tak login tau, Ida sihat?”
“ Alhamdulillah, sihat dan happy sangat! “
“ Haaa…..nie mesti ada apa-apa nie…ceritalah”
“ Nak cerita apa ek? , tapi Ida nak beritau Aisyah yg sekarang nie Ida dah ada wah ati,”
“ Siapa tu?, alaa cakaplah”
“ Dengan chatter jugak, sekarang nie Ida tak nak beritahulah ..hehehe”
“ Ooohhhh …nak rahsia ya!,
“ Ida, Aisyah ada kerjalah..nanti kita sambung sembang ya”
“ Oklah Aisyah…jumpa lagi”

Aisyah sejak kebelakangan ini terlalu sibuk. Sebagai seorang pegawai atasan, dia sibuk menggantikan kerja ketuanya yang keluar daerah. Aku dan abang zam semakin mesra dan saling memahami. Percintaan kami cukup mudah dengan formula di sana, rindu di sini pun rindu. Di sana sayang, di sini pun sayang. Dengan formula inilah, tiada pernah di hati terdetik untuk bersalah sangka. Bila dia sibuk aku akan ke laman chat untuk menghilangkan boring sekali sekala.

Adat bercinta, seindah mana pun riak di permukaan lautan, sekali sekala riak ombak yang kecil akan bertukar besar juga. Kesibukkan abang zam mengugat kesabaran ku. Formula yang dipegang selama ini juga goyah. Hati mulai berkata, apakah dia benar-benar sibuk atau dah jumpa wanita lain?. Wahai hati..kenapa prasangka? . Bila tiada lagi SMS tiap pagi, panggilan tiap petang, aku menjadi seorang yang mudah terasa, mudah marah. Panggilan ku tidak diangkat. Sms aku tidak berbalas. Abang buat lagi!. Kecewanya aku kali ini hanya allah yang tahu. Akirnya aku tinggalkan voicemail:
“ Assalamualaikum abang, Ida tak tahu apa salah Ida kali ini, jika benar abang ikhlas ingin meneruskan hubungan kita, tolong call Ida.”

Petang itu akau di kejutkan dengan teguran abang zam di YM.

“ Ida buat abang kecewa”
“ Apa yang Ida dah buat abang? “
“ Abang sedih tengok Ida bergurau senda, bercakap mesra dengan Naz, di laman chat tu. Siapa Naz?. Ida tau tak? Abang tak boleh tengok Ida berbual dengan lelaki lain “ jelasnya lagi.
“ Di laman chat itulah kita berjumpa, abang tak sanggup Ida..tak sanggup “
“ Ida Cuma berbual-bual sahaja abang, bukan bercinta pun. Ida dah ada abangkan?” terangku dengan harapan dia faham.
“ Ida ingat abang diam tu abang tak ingat kat Ida?. Hari tu abang tergerak hati login ke laman chat tu…abang lihat Ida bukan main lagi berpantun-pantun, bergurau manja dengan Naz”
“ Subhanallah abang…., tak ada maknanya tu semua abang. Ida cuma sembang biasa. Abang banyak kerja, Ida boring, itu aja. Naz pun tak ada apa-apa dengan Ida. “
“ Ida call abang ?“
“ Jangan!. Abang tak boleh nak dengar suara Ida waktu nie. Nanti abang call Ida”
“ Please abang..Ida tak selesalah bual tanpa suara nie. Ida nak abang dengar penjelasan Ida”.
“ Tak per, nanti abang call Ida. Abang ada kerja nak di selesaikan”

Ya Allah…kenapalah abang zam jadi begini?. Kenapa tiba-tiba cemburunya mendadak?. Aku tahu cemburu itu tanda sayang tapi …. Entahlah, besar sangatkah salah aku padanya?. Panggilan aku ke handphone langsung tidak berjawap. Risaunya hati hanya allah yang tahu. Sampai hati abang buat Ida macam nie. Ida tak buat apa-apa abang. Ida sembang aja…berulang-ulang kata itu aku suarakan dalam hatiku. Tidak semena-mena air mata aku mengalir di pipi. Ida sayang abang…tak ada yang lain abang!. Percayalah...

Waktu pulang sudah hampir tiba, abang masih mendiamkan diri. Aku melangkah lemah menuju ke kereta. Dalam perjalanan aku cuba juga membuat panggilan, hampa. Abang masih kuat dengan rajuknya. Akhirnya aku menghantar SMS padanya

Abang masih tak mahu terima call Ida?. Kalau abang terus-terusan begini abang sebenarnya telah melukakan hati Ida. Ida sedih sangat. Pas nie Ida nak drive kereta laju-laju. Biar [I]accident. Pas nie abang terus tak dapat dengar suara Ida.[/i]


Ting tong…ting tong…handphone ku berbunyi…tertera nama abang zam di skrin. Bila aku angkat sahaja ku dengar:

“ Ida, maafkan abang ya. Abang betul-betul minta maaf. Abang terlalu cemburukan Ida. Abang tahu abang tak boleh hukum Ida begini. Memang abang tahu Ida sunyi dengan keadaan abang yang sibuk dengan kerja, abang kena siapkan projek untuk di hantar ke kementerian sebelum pilihanraya. Abang kena betul-betul buat dengan sebut harganya. Bukan abang dah lupakan Ida, jauh sekali ada wanita lain. Abang tahu, itu yang Ida fikirkan kan?” .

“ Betul?” tanyaku.
“ Dah tu kenapa abang tuduh Ida melayan lelaki lain?. Tak baik abang cakap macam tu tau” kataku lemah…
“ Abang minta maaf Ida..betul-betul minta maaf . Please maafkan abang”
“ Ida sayang abang!”
“ Abang pun Ida..abang lagi sayang Ida. Sebab tu abang tak sanggup lihat Ida chat dengan lelaki lain!. Abang sendiri tak sangka yang abang begini cemburu. Maafkan abang Ida”
“ Abang tak suka Ida masuk ke laman chat tu lagi? Terus terang abang.”
“ Kalau abang cakap Ida dapat terima?”
“ Insyallah abang “
“ Terus terang Ida, abang tak suka Ida kembali aktif dalam chat room tu..abang tak mahu Naz menjadi pencabar abang!. Abang cemburu!”
“ Naz? Naz yang abang cemburukan?. Ya allah abang…okeylah, demi perhubungan kita, demi cinta Ida pada abang, Ida tak akan masuk lagi ke laman chat tu. Puas hati?”
“ Betul? Ida tak nak masuk demi abang?”
“ betul sayang “ kata ku manja…
“ Yang..hujung minggu nie abang nak jumpa parent ayang boleh tak?”
“ Betul”?
“ Betul sayang, kalau tak percaya, hujung minggu nie, abang nak jumpa famili Ida. Abang dah tak sanggup menanggung rindu, tak sanggup nak cemburu lagi..abang takut Ida di curi orang tau …hehehehe “
“ Ngada lah abang nie…agaknya kalau Ida tak hantar sms sampai Ida mati pun abang tak call kot?” rungutku.
“ Bukan macam tu yang..abang memang nak call Ida, tapi Ida tu aja yang tak sabar “

Aku tersenyum dengan rasa syukur sekali. Ada juga insan yang menyayangi aku sebegini hebat.


# Layan cerpen dulu ya: Jika Itu Qada' Nya ( Part 9 )

Setelah kata kembali bersahut, percintaan aku dengannya semakin segar. Rindu kembali merah. Jari-jemari sudah tidak mengenal letih untuk mengetuk keyboad. Aku semakin jatuh cinta dengannya. Cinta tanpa melihat wajah, cintaku bagai air terlus melimpah ruah hanya dengan sekeping foto yang di hantar melalui email.

Sedang rancak berkomunikasi di alam siber, abang meminta pertemuan. Dalam hati berlonjak kegembiraan bila permintaan itu disuarakan. Tetapi, Cuma mendiamkan diri. Setiap kali permintaan itu abang ajukan pasti aku akan mengubah ke topik yang lain. Aku tiada keberanian sebenarnya. Pada nya aku peringatkan:

“Ida nie gemuklah abang..kulit pun hitam gelap. Nak jumpa ke? “ kata ku padanya setelah puas dia mengulang-ulang permintaanya.
“ Selama ini Ida ingat abang berkawan dengan Ida kerana tubuh badan ke Ida?, Abang berkawan dengan Ida sebab hati Ida”
“ Abang lagi takut tau nak jumpa Ida. Abang pernah lukakan hati Ida, abang tak kacak, tak segak seperti yang Ida selalu gambarkan. Kita kena berani berhadapan dengan alam nyata Ida, please”
Akhirnya setelah sekian lama aku mendiamkan diri lantas aku menyatakan persetujuan untuk menemuinya. Menemui seorang lelaki yang ku gelar ‘jejeka kayangan’. 

“ Intan, lunch time ni Ida nak keluar, nak jumpa ‘jejaka kayangan’, kau temankan aku boleh?”
“ Hah?..kau nak jumpa ‘jejaka kayangan’ ? kau nie serius ke Ida? Jengkel Intan.
“ Seriuslah nie..kalau tak serius buat apa aku nak keluar dengan dia. Dah dekat setahun aku berkawan dengan dia baru hari nie aku nak jumpa dia” kataku..” kau temanlah…” rengekku pada Intan.
“ Eiii…ada ke nak dating suruh kita temankan!..apalah kau nie Ida..tak macho betul!…cam nie..kau pergi makan kat tempat yang ramai orang..kalau dia nak buat tak elok tentu dia tak berani!” cadang Intan.
“ Merepeklah kau nie Intan..ada ke fikir sampai ke tahap cipan gitu!” balas ku sambil mencubit lengannya.
“ Nak teman ke tak nak nie?”
“ Allaaa….kau pergilah sendiri Ida, nanti kalau aku ikut dia malu pulak nak sembang dengan kau…buatnya dia jatuh hati kat aku pulak cam ner?…melopong kau! Hehehe.
“ teruklah kau nie Intan…oklah, aku pergi sorang, kalau aku tak balik opis kau call tau..manalah tau aku kena culik dengan ‘jejaka kayangan’ aku..di bawanya ke kayangan “ usikku pada Intan.
“ Gatalnya perempuan niee…” kata Intan sambil menarik hidungku.

Akhirnya kami berdua ketawa. Riang sungguh hati ini. Dalam riang, hati di dalam berdebar-debar. Entah bagaimana penerimaan abang Zam terhadapku setelah bertemu dengan ku nanti. Apakah selepas berjumpa dia akan hubungiku lagi?. Apakah setelah bertentang mata, aku masih dilayan semesra ini atau sebaliknya?. Adeh! Seriau bila mengintakan itu semua.
Cepatnya dah nak jam 12.30pm!..alaaaa nafasku menjadi tak keruan. Takut ada cemas pun ada. Bismillah…aku hidupkan enjin kereta dengan perasaan gementar. Menuju ke satu distinasi menemui insan yang selama ini aku angankan. Sepanjang perjalanan, aku membayangkan ‘ jejaka kayangan’ ku penuh dengan cirri-ciri lelaki idaman ku. Sopan-santun dan berhemah juga kemas. Aku tiba di tempat yang di janjikan. SMS ku terima dari abang Zam: 

Ida dah sampai?. Ishk! Dia nie mcam nampak jer aku dah sampai detik hatiku…
dah kat parking lot nie…abang tunggu Ida kat mana?..sent
abang tunggu kat depan kedai teddy bear tingkat satu .Boleh ke kenal abang nie? .
Bolehlah abang…bukannya abang tu lain dari orang pun…hehehehe.ok, Ida gerak sekarang tau..jangan menyorok! Pesan ku melalui sms.

Bismillahirahmannirrahim…ya Allah berikan aku kekuatan hari ini ya Allah…doaku sebaik sahaja mengatur langkah pertama. Sebaik sahaja sampai di tingkat satu aku melihat seorang jejaka sedang tertinjau-tinjau.

“ Assalamualaikum”
“ Waalaikumsalam…errr….Ida? “
“ Iya, saya Ida”
“ Tipu abang ya!, Ida kata Ida…..
“ Gemuk? hitam? Pintas ku.
“ Iya…eh! Jom kita ke meja makan dulu..kita sembang panjang!”

Aku hanya mengekori, dalam hati aku menjerit kegirangan…eiiiii handsomenya dia!. Ternyata dia memiliki semua yang aku gambarkan!. Dia seperti arca yang memang di buat khusus untukku. Semua dalam dirinya seperti yang aku harapkan dari seorang lelaki. Matanya bening redup sinarannya. Bibirnya tak lekang dengan ulas-ulas senyum. Sepanjang bersama kami tak sudah-sudah berbual. Terasa cepat sangat waktu berlalu. Banyak yang dibualkan dan yang masih aku ingat bila dia menyatakan ketidakpuasan hatinya kerana penipuanku. 
“ Gambar siapa yang Ida kirim hari tu?”
“ Gambar tah sapa-sapa kat internet’ saja Ida kirim yang itu, kenapa?”
“ Kenapa tipu?”
“ Mana ada tipu…saja untuk menguji, jadi abang dah tak sudi nak kawan dengan Ida ke?”
“ Bukan begitu…Ida lebih cantik dari apa yang abang gambarkan tau!, rugilah kalau abang tinggalkan Ida buat kali yang ke dua”
“ Eii..janganlah cakap macam tu..malulah”.
“ Ida…Abang sayang Ida tau!, Jangan cari yang lain tau!”

Sejak pertemuan itu, kami menjadi semakin rapat dan declare menjadi pasangan untuk sama-sama melayari satu kehidupan bersama.. Kebahagian yang tidak pandai hendak aku terjemah. Padanya ku hantar email…

Awak..
Sekarang saya dah jumpa awak
Saya dah kenal awak..
awak umpama sebuah arca 
yang di ukir khusus untuk saya
semua yang saya bayangkan tentang awak
benar belaka!
semua ada
pada awak!

mata awak memang redup
bila awak pandang saya pasti tunduk
hidung awak cam jambu air tapi cute!
telinga awak capang..hehehehe macam telinga saya !
eeiii saya suka

awak..
pas jumpa awak
saya rasa saya dah sayang awak
sayang sangat...

Dan email ku di balas manja :

Awak..
Saya pun sayang awak sangat..
Lebih-lebih lagi lepas jumpa awak..

Awak cute
Dulu awak kata awak gemuk
Awak putih
Dulu awak kata awak hitam
Eeiii teruk betul awak tipu saya!

Kalau awak lari
Saya tak akan izinkan
Nanti awak jatuh saya tak dapat tangkap
Kalau awak nak lari jugak
Saya tak nak bagi jugak!
Sebab awak milik saya!

Ok ke tu jawapan saya?..hehehe


Begitulah aku dengan abang zam…kalau bukan di Ym, pasti di email tempat kami meluahkan rindu.


#Layan cerpen dulu ya: Jika Itu Qada' Nya ( Part 8 )

Pagi itu, seperti biasa aku membuka email. Setiap email aku perhati siapa pengirimnya. Ada email kerja dan tak kurang juga email dari kawan-kawn siberku. Tiba-tiba, ada email dari …..?. Aku pelik. Namun email kali ini sedikit pun tidak membuat hatiku tersenyum. Ah! Mungkin hanya sekadar email biasa. Putus cinta buakn bererti putus sahabat. Aku buka emailnya dengan tiada perasaan ingin tahu. Tawar benar rasa hatiku saat ini. Iyalahkan, mana tahu ada info yang baik yang ingin abang zam kongsikan denganku. Email abang zam aku buka..di dalamnya..

-----Original Message-----
Subject: AWAK...

Awak....saya rindu laa


Aku terkedu!…Mengeletar tubuhku dengan kehadiran email seringkas ini. Mengapa setelah aku berjaya mengatasi perasaan rindu dan kecewanya aku padanya , dia hubungi aku dengan email ini?. Aku tak tahu apa yang bermain dalam perasaan aku sekarang. Suka? Gembira? Benci? Ahhh!!! Hatiku menjerit!…abang zammmmmmmmmmmmmmmmm…kenapa buat Ida begini?. Dalam kebingungan, mataku berkelip-kelip memandang skrin komputer. Ku tenyeh-tenyeh mataku ku berulang-lang kali. Betul ke darinya?. Tapi kenapa?. Namun dalam sedar atau tidak, aku menjawap juga emailnya. Puas ku tulis ku padam, ku tulis semula dan ku padamkan semula masej di skrin berulang-ulang kali dan akhirnya…….Emailnya ku jawap:

Subject: re: AWAK...
Awak....kalau awak rindu saya lagi rindu..

Aku menanti balasan email dari nya dengan penuh debar. Di pejabat, aku seperti ibu kucing kehilangan anak, sekejap-sekejapan aku check email. Aku benar-benar tertekan dengan kedatangan email tadi dan berkata, kalaulah email aku itu tadi bisa aku recall pasti aku akan lakukan!. Rasa menyesal pun ada kerana terlalu cepat mengaku yang aku juga merinduinya!. 
Lambatnya masa berjalan..sepanjang hari itu aku dibiar resah.

*****

“ Assalamualaikum” , suara itu???. Benarkah itu suara abang zam? Detik hatiku, sebaik sahaja gaggang talipon ku angkat.
“ Waalaikumsalam, nak cakap dengan siapa? “, jawap ku dengan nada seperti tidak percaya.
“ Ida, abang nie, boleh kita berbual sekejap?,.
“ Boleh abang, tak ada masalah…kerja pun tak banyak nie. Tapi kalau abang call nie cuma nak bertanya khabar, Ida sihat di luar parah di dalam.” Jawapku panjang.
“ Abang nak minta maaf Ida….”
“ Maaf? Untuk apa? “.
“ Jika abang rasa bersalah, Ida dah maafkan abang sejak dahulu lagi “

Abang zam menghubungiku setelah sekian lama menyepikan diri. Dek kerana di hati ini tak pernah menyimpan rasa benci padanya aku mendengar tiap butir kata-katanya dengan penuh teliti: 

“ Ida, mungkin abang silap dengan tindakkan abang. Sejak abang tinggalkan Ida abang menjadi semakin tak tenang. Abang akui, Ida pelengkap hidup abang. Tanpa Ida abang rasa hilang. Abang nak Ida tahu, bahawa Idalah segalanya buat abang di dunia ini. Bahawa Ida inspirasi abang dunia akhirat. Dan, Abang nak Ida tahu, Bahawa….hmmmmmm“ Abang cintakan Ida ! “

Tatkala mendengar kata-kata itu, hati ku berkata “ Ya Allah, ya rabbi..inikah balasan yang kau beri padaku atas kesabaranku ya Allah?. Aku akui, aku menyintai abang zam kerana-Mu, aku menerima perpisahan denganya juga kerana-Mu dan kini Kau kembalikan dia padaku ?”. Apakah ini dugaan lagi ya allah?. 

“ Terima abang kembali Ida”
“ Apakah kepulangan abang ini kepulangan yang kekal?”..
“ Iya Ida, abang berjanji ini kepulangan abang yang kekal. Abang silap kerna menuduh Ida lah punca abang kehilangan dalam ibadat. Sebenarnya itu salah abang juga”
“ Jika abang ingin kembali dalam hidup Ida, Ida hanya mampu mengucapkan syukur pada Allah abang, sudah pasti Ida menerima abang kembali abang! Sudah pasti!”, jawap ku dengan linangan airmata. Andai kata saat itu abangg zam di depan mataku, mahu ku rangkul tubuhnya melepas rindu dan sekaligus menyatakan betapa aku bahagia dengan anugerah allah ini.

“ Kita jumpa yuk Ida, abang ingin sekali melihat wajah wanita yang berjaya mencuri hati abang “, katanya lagi.
“ Kalau lepas tengok abg lihat Ida nie budak comot macam mana?” tanyaku manja.
“ Kalau Ida budak comot, abang akan comotkan muka abang juga..biar sama-sama comot! “, jawapannya mengundang hilai tawa ku yang dahulunya semakin hilang.

Zuhur itu, aku panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga pada kebesaran Allah swt. Terimakasih ya allah kerana masih ingin memberi aku nikmat kasih sayang. Jika begini hebat kasih sayang sesama manusia, nikmat menerima kasihsayang –Mu apa tah lagi!. Jika begini derita yang dirasai tanpa orang yang kita sayang…pasti lebih derita jika Engau melupakan aku.
Dalam rayuku penuh harap, “Ya Allah, jika ini Qadar- Mu, pasrahlah aku”. Dan kini, airmata yang mengalir bukan lagi airmata kesedihan tapi airmata kebahagian. Subahanallah.


#Layan cerpen dulu ya: Jika Itu Qada' Nya ( Part 7 )

Seperti kata pujangga, hidup kena diteruskan juga. Allah yang mengatur tiap apa jua ketentuan untuk makhluknya. Aku redha. Kesedihan yang aku hadapi tidak aku suarakan pada Intan. Aku tak mahu ditertawakan. Biarlah kehilangan ini hanya aku yang tahu. 
Bak kata pujangga HAMKA: Bahawasanya seseorang memburu cinta adalah laksana memburu kijang di rimba belantara. Bertambah diburu bertambah jauh dia lari. Akhirnya tersesat dalam rimba, tak bisa pulang.. Lalu aku mengambil langkah mudah, membiarkan apa sahaja yang berlaku kerana aku tahu mungkin itu qada dan qadarku.

“ Ida, Kau nie diam aja sekarang?. Kenapa? Aku ada buat salah ke? , risau betul aku tengok!“ Tanya Intan suatu hari. 
“ Tak adalah Intan, saja tak ada mood” , balasku.
“ Okeylah kalau gitu, aku buat kerja dululah ya. Kalau ada apa-apa kau beritahu aku, kau datang kat aku ya. Aku kan kawan kau” kata Intan sebelum pergi.
“ iya lah yanggggg…” kata ku sambil tersenyum tawar. Intan memang kawan yang baik. Setiap perubahan aku pasti dapat di kesan.

Sebulan berlalu tanpa abang zam. Aku mulai lali dengan rindu yang tiada berpenghuni. Dengan rindu itulah , aku menjadi semakin rapat denga Allah swt. Setiap tengah malam, aku akan bangun mengerjakan solat tahajud. Aku lakukan juga solat hajat. Aku berdoa pada Allah agar aku di berikan kekuatan menghadapi situasi aku sekarang. Hanya Allah tempat aku mengadu. Dari Allah aku ditemukan dengan Abang Zam, dan Allah jugalah yang menggerakkan hatinya untuk meninggalkan aku. Doaku untuknya tak pernah aku lupakan. Aku hidup dengan kenangan bersama abang zam. Abang zam selalu mengingatkan aku dahulu, kalau kita dalam keadaan sedih jangan lupa baca Quran, baca Yassin. Insyallah hati kita akan tenang. Dan itulah yang aku lakukan tiap hari. 


Kesepian, kesunyian yang tercipta mengingatkan aku kepada seseorang yang pernah hadir dalam hidupku sebelum abang zam berjaya memecahkan tembok kedegilanku. Insan istimewa itu telah lama meninggalkan aku untuk menemui Kekasihnya. Kami tak sempat untuk menyatukan cinta yang sedang kembang mekar. Dia pergi selepas menderita sakit yang tidak dapat di kesan dengan perubatan moden. Dua tahun menjalin kasih, cintaku direntap bagai kilat,pabila aku menerima khabar dari abang angkatnya, yang dia telah pergi meninggalkan semua cintanya untuk ku. 

Kerana kehilangan dialah..aku menjadi seorang wanita yang terlalu memilih. Aku bertekad, jika aku tidak dapat menjumpai lelaki yang sebaik arwah tunanganku, maka relalah aku hidup sendirian. Keistimewaan yang ada pada anbang zamlah yang membuat tembok kedegilanku selama ini ranap!. Aku mengalah dengan ketentuan Illahi. Tapi kini….sepi itu muncul lagi..malah lebih sepi dari dahulu. Sepi dahulu aku di tinggalkan oleh ajalnya. Sepi ini ..aku ditinggalkan dek kerana keadaan. Ahhhhh….sunyinya hati…sepinya jiwa….resahnya rasa…


Jika dahulu, setiap pagi aku akan terima sms darinya, kini semua itu tiada lagi. Sunyi sesunyinya hidup aku sekarang. “ Kalau nanti Ida teringatkan abang, zikir tau!” pesannya lagi. Iya abang..itulah yang Ida lakukan sekarang. Terlalu banyak yang abang ajarkan Ida. Saat ini Ida terlalu lemah tetapi berkat ajaran Islam jugalah yang menguatkan semangatku. “Ya Allah, kiranya inilah hikmah di sebalik tiap kejadian ya?, mungkin waktu aku berkawan dengan abang zam aku lalai. Kiranya Engkau Maha Penyayang. Ini rupanya yang Engkau hendak, mendekati-Mu semula “, senyum ku suatu hari setelah selesai solat. Alhamdulillah…kini ku tahu apa yang Allah aturkan padaku.

Di saat kesunyian ini aku teringat kembali ke laman chat yang pernah menemukan aku dengan abang zam. Lama benar tidak akau jenguk. 
“ Nak masuk sekejaplah, boleh jugak hiburkan hati, jumpa kawan-kawan lama yang dah lama aku tak sembang” desis hatiku. Pantas sahaja aku log in ke laman itu.

“ Assalamualikum semua…”
“ Waalaikumsalam Ida..amboi…amboi lamanya menghilang!” sergah beberapa orang chaters yang pernah mengenaliku seperti abang vet, nenek, wawa dan ayu.
“ Tak ada mana ilangnya…banyak kerja arr..semuanya sihat ke? “ balasku mesra.
“ Ingatkan dah lupa kat Ida” sambungku lagi.
“ Ida aja yang lupakan kita orang “ kata abang veteren.
“ Mana ada abang nie…nie sebab rindulah masuk balik nie “ bohong ku agar ketiadaan aku dahulu boleh dimaafkan .

Naz: Assalamalaikum Ida. Lamanya awak merajuk. Awak marah ke bila saya tegur awk dulu? . –
Naz (?)- aku cuba mengingat semula siapa Naz?
Ida: siapa nie?..Ida rasa Ida tak pernah chat dengan awakkan?.
Naz: Memang tak pernah. Sekali dahulu ada saya pm awak tapi awak dah nak keluar. Kali nie saya tak izinkan awak keluar sebelum kita puas sembang!”


Dalam hati ku merengus..eiii tah apa-apa mamat nie, nak paksa-paksa pulak orang sembang dengan dia. Untuk menjaga hatinya aku menjawap:

Ida: Laa sampai gitu sekali ke?. Kenapa nak kawan sangat dengan Ida?
Naz: Sebelum saya cakap panjang-panjang, terlanjur awak dah ada kat sini. Saya nak awak tahu, dah lama saya admire kat awak.Saya harap awak tak marah dengan pengakuan saya ya. kali nie saya tak akan benarkan awak ilang lagi.
Ida: Mengarut betullah awak nie. Kenal tidak, tengok tidak nak admire!
Naz: sebab tu saya nak kenal awaklah nie.

Lama juga aku berpm dengan Naz. Kata orang , tak ada rotan, akar pun berguna juga. Aku dan Naz semakin rancak berbual. Dan hampir setiap hari juglah aku dan naz akan berjumpa di laman ini. Aku merasakan naz juga baik seperti abang zam. 
“ Ida, saya rasa macam dah sayang kat awak gitu”
“ Eiii janganlah awak..tolonglah”
“ Kenapa?”
“ tak ada apa..saya tak sukalah awk cakap macam tu!”, dalam hati aku, aku merasakan aku dah tak boleh menerima cinta lelaki lain selain dari cinta abang zam!.
“ Maafkan saya ya awak”
“ Beri saya peluang Ida. Saya janji akan sayang awak , kita jumpa yuk !”
“ Cepatnya nak jumpa?” emmm aku dengan abang zam pun tak pernah jumpa, nie dengan dia nakjumpa-jumpa pulak, gerutu hatiku.
“ eerrr…tak naklah..terimakasih sajalah “
“ Ida dah ada seseorang ya?ku merasakan ada nada kesayuan dalam pertanyaannya.
“ Dulu ada, sekarang dah tak ada, tapi macam ada” balasku.
“ Peliklah jawapan awak..boleh jelaskan?”
“ Emm..tak payahlah awak nak tau..oklah ya, ida ada kerja nie…quit dulu ,bye“.


Hanya itulah cara yang terbaik untuk aku mengelak dari menjawap tiap persoalan yang diutarakan oleh Naz padaku. Aku tak mahu memberi dia harapan. Aku tak mahu mengkhianait ikrar ku untuk tidak berhenti dari menyintai abang zam. Gilakah aku?. Biarlah asal aku bahagia. Ini jalan yang aku pilih maka aku kena tabah. Itu janjiku.


# Layan cerpen dulu ya: Jika Itu Qada'Nya ( Part 6 )

Tiba-tiba, YM berkelip-kelip!. Abang Zam!….Serangkap pantun pembuka tirai:

“ Assalamualaikum Ida, 

Tanam padi tidak menjadi
Angkara perosak yang menganas
Apalah malang nasib diri
Gelora di jiwa semakin menjadi
Ibadat hamba di takuti terjejas
Ikutkan hati nak undur diri !


Oh tuhan!, dugaan apakah ini?, mengapakah kehadiran aku di kata menjejas ibadat?. Apa yang dah aku perbuat?. Aku terpana dengan pantun yang di beri. Inikah yang perlu aku terima?. Ya Allah, jika dahulu percintaanku bersaksikan oleh-Mu, maka jika kerana Mu juga aku mesti menerima kehilangan dia, aku pasrah. Dalam keadaan kebingungan aku cuba juga menjawap pantun abang. Pada dia ku nyatakan..

Pergi terengganu sotong di candat
tangsi di gigit dengan gigi
jika dah sampai jejas ibadat
relalah saya di usir pergi..


“ Ida, abang terpaksa lakukan ini ida. Abang sayangkan Ida lebih dari nyawa abang tapi abang terpaksa Ida. Solat abang, kerja abang menjadi tidak selancar dahulu Ida. Abang kena pergi buat sementara. Abang tidak mahu Ida hubungi abang buat sementara. Bolehkan?” pintanya.

Apa lagi yang mampu aku buat?. Sekadar mengangguk perlahan menangis di dalam hati, walau tindakkan aku itu tidak dapat dilihat olehnya. Bagai tidak percaya. Kebahagian yang aku sedang renangi tiba-tiba tenggelam perlahan-lahan ke dasar hati. Aku sedang membenarkan diriku kehilangan kasih dan sayang, kehilangan rindu yang paling aku cintai. Jika dahulu rindu itulah peneman nafasku siang dan malam, Rindu itulah yang memberikan aku semangat. Kini apa yang rindu itu tinggalkan untukku? Apa?

“ Abang, jika itu yang abang hendak dari Ida, Ida akan lakukan abang. Jika itu pengorbanan yang abang perlukan, Ida izinkan abang lupakan Ida. Anggaplah Ida tidak pernah wujud dalam hidup abang. Pertemuan kita adalah dengan izin allah dan jika kerana allah juga abang mohon dilepaskan, Ida akur. Carilah ketenangan yang telah hilang. Carilah kedamaian yang abang rasa dirobek dengan kehadiran Ida dalam hidup abang. Jangan kesali apa yang berlaku kerana ini semua perjalanan yang telah ditentukan. Ida doakan abang berhasil. Ida bohong kalau Ida kata Ida tak sedih dengan semua ini..tapi Ida redha abang. Assalamualikum abang”. Itulah kata terakhirku pada abang Zam.

Malam itu, di dalam diari kesayanganku..ku luahkan kesedihan hati. Aku ingin khabarkan pada mu diari yang aku kini kehilangan..maka tercoretlah kata-kata ini :

belum pun puas rindu ku kucup
belum pun puas rindu ku dakap
belum pun puas rindu ku genggam
dalam senyum minta di pulangkan !
lalu…
ku atur longlai langkah keluar
sambil menoleh hati berkata
" Hanya rindu yang kau pinjamkan ! "


Masih teriang-iang kata-katanya di cupingku: 
“ Abang minta maaf Ida, bukan maksud abang untuk meninggalkan Ida, mengecewakan Ida. Abang sendiri tak sanggup melihat Ida menangis. Abang terlalu sayangkan Ida! . Abang pernah berkata pada Idakan? Yang abang tidak akan sekali-kali membenarkan Ida pergi dari hidup abang!. Ida sebahagian dari diri abang dan abang sebahagian dari diri Ida. Tapi, abang terpaksa Ida. Bahkan, sekarang ini abang yang melarikan diri dari Ida. Apa yang abang patut buat Ida?. Abang kehilangan khyusuk, kehilangan kasih Allah kerana didalam hati abang hanya teringatkan Ida. Abang minta maaf sekali lagi Ida, Katakanlah pada abang, apakah tindakkan abang ini betul? Benar?. Tolong abang Ida….tapi , jika Ida sendir dah kata begitu, abang buat sekian kalinya berjanji , yang abang akan menghubungi Ida semula. Waalaikumsalam Ida. Insyallah , abang akan hubungi Ida”, dan kata-kata itulah yang terakhir yang aku terima di skrin YM ku dari abang zam.

Walau perbualan itu hanya di skrin YM , namun airmata ini tak dapat aku tahan-tahankan. Sayu dan pilu benar rasa hati ini . Rasa dunia ini gelap gulita. Ya Allah, begini rupanya putus cinta. Begini rasanya kehilangan seseorang yang kita sayang. Dan bagai mengerti keadaan diriku, di radio berkumandang lagu Pramlee ‘ ENGKAU LAKSANA BULAN ‘. Bait-bait liriknya bagai ditujukan padaku saat itu.



Engkau laksana bulan 
Tinggi di atas kayangan 
Hatiku dah kau tawan 
Hidupku tak keruan 

O..o..o O..o.. 
Kau tinggalkan diriku 

Oh! Tuhanku 
Mengapakah 
Kau bezakan hidupku 
Oh! Tuhanku 
Mengapakah 
Manusia begitu 

Mengapa ku di siksa 
Mengapa kita bersua 
Berjumpa dan bercinta 
Tetapi menderita 

O..o..o O..o.. 
Kau tinggalkan diriku 
(Kau cabutlah nyawaku) 

Oh! Tuhanku 
Mengapakah 
Jadi miskin hidupku 
Oh! Tuhanku 
Mengapakah 
Sangat buruk nasibku 



Derai hancur sekeping hati hanya aku sendiri yang rasai. Tangisan hati hanya aku sendiri yang dengari. Rapuh sudah hati nan tipis. Dalam hati mengulang-ulang baris lirik lagu itu :

Mengapa ku di siksa,Mengapa kita bersua, berjumpa dan bercinta, Tetapi menderita….

Sejak itulah, ceriaku hilang, sekali sekala airmata ku seka dari mengalir keluar. Aku cuba mencari kembali kekuatan jiwa yang semakin hilang. Di sejadah inilah aku sering bermonolog sendirian, “Abang, Ida tidak akan pernah berhenti menyintai abang, tidak akan pernah berubah dan tidak akan pernah berganjak walau apapun yang akan berlaku…”. Carilah ketenangan yang abang perlukan. Ida doakan abang sentiasa didalam rahmat Allah” . Ida akan tunggu abang. Setiap kali doa itu aku lafazkan, pasti hati ini akan menjadi terlalu sebak.

Aku cuba membuang semua kenangan indah bersamanya perlahan-lahan. Namum kenangan itu terlalu indah untuk di buang, lalu ku kutip satu persatu. Tiap helaian rinduku padanya ku simpan di peti kenangan. Rindu ku makin lama makin sepi makin sunyi. Seperti pantun lama : 

Buah selasih si buah pauh,
Buat hidangan di waktu pagi,
Orang ku kasih semakin jauh,
Rasa tak mungkin berjumpa lagi.


Hari-hari yang aku lalui sejak ketiadaan abang zam berlalu terlalu lambat. Suaranya, jenakanya, smsnya sentiasa menganggu ketenanganku. Aku pasrah ya allah. Hanya zikir mengganti hiba. Doa untuknya tak pernah putus. Aku akan hidup dalam keindahan yang dia tinggalkan padaku. Darinya ku kenal apa itu CINTA .


# Layan cerpen dulu ya: Jika itu Qada' Nya ( Part 5 )

Hari demi hari berlalu seperti biasa. YM aku memang sentiasa online. Macam orang tak ada kerja. Dengan bantuan YM lah aku berkomunikasi dengan Intan dan Aisyah. Setidak-tidaknya aku taklah boring sangat. 

Tanpa di duga, talipon office ku berdering. “ringgg….ringggg’ ,tiada lain yang ku fikir..pasti customer !..Hehehe..siapalah yang nak call aku nie. Talipon aku kalau berdering biasanya dari customer atau pun dari kawan-kawan opis aku jer. 

“ Hello, siapa nie?’ jawapku seperti biasa.
“ Hello, saya abang sepupu mawi “ katanya. 
“ Hehehe” aku gelak kecil sambil menjawap “ perasannya! “ sapa nie ku tanya lagi…
“ Zam” , jawapnya garau.
“ Oh tuhan!”..kelu lidah untuk berkata. Terkejut beruk aku di buatnya!.. 
“ Mimpi ke call Ida? “ Tanya ku bodoh!.
“ Kena tunggu mimpi ke baru boleh call ?” jawap zam di hujung corong talipon.
“ Tidaklah gitu, Cuma macam tak percaya aja awak call saya”, jawapku selamba. 
“ Sakit tekak ke?, suara kasar semacam “, tanyaku lagi. Emm..kata aisyah suaranya macho…hati kecilku berbisik.
“ Iyalah awak, kurang minum air agaknya, lagipun cuaca sekarang nie tak menentukan?”, laju sahaja zam memberi jawapan.
“ Awak kenalah minum banyak air masak, pas tu awak belilah gula-gula fisherman..insyallah cepat baik tu”. Nasihatku persis doctor. 
“ Insyallah, fisherman ya awak?, ok nanti saya beli”, kata zam di hujung sana.

Ternyata zam juga seorang yang mudah berbual. Hari itu perbualan aku tak lama memandangkan aku banyak lagi kerja yang hendak di siapkan. Sekurang-kurangnya panggilan dia menamatkan penantian aku sekian lama. Tapi terus terang, aku tak pernah mengharapkan panggilan ke-2 darinya. Kerana aku tahu aku bukan seorang wanita yang boleh membuat seorang lelaki pasti menghubungiku lagi. Kerana apa aku yakin sebegitu? Kerana aku seorang yang ‘happy go lucky’ bukan selayaknya untuk seorang yang tersusun tutur katanya. Tetapi gelak dan tawa saling kedengaran sepanjang perbualan. Masa tu aku sedar aku sedang berbual dengan seorang yg aku kagumi. Aku rasa aku tak perlu berlakun menjadi seorang yang lemah lembut hanya sekadar untuk seorang lelaki. 

“ Mengelamun lagi! “ jerkah Intan. 
“Kau nie Intan, asyik terkejutkan aku jer…” kataku lemah. 
“ Kenapa kau nie Ida? Masih memuja 'jejaka kayangan'?” usik Intan . 

Dia tahu aku mengelar zam ‘jejaka kayangan’. Aku Cuma mengeleng kepala, dalam hati aku bersyukur, sekurang-kurangnya aku pernah mendengar suaranya. Biarlah jika hanya sekali. “ Dahlah Ida, aku nak gi ladies, nak ikut? “ Intan bertanya. “ tak nak lah, kau pergilah, aku ada kerja nak disiapkan” jawapku. Intan meninggalkan aku yang masih terkenang-kenang peristiwa tadi. Masih tak percaya!. Hehehe..terukknya aku!. Dah macam orang gila bayang pun ada juga. Aku tersenyum seorang.

Petang itu, YM aku berkelip-kelip. Aku click, dia?…aduhai…gembiranya aku!. 
“ Hai, buat apa tu ” sapanya. 
“ Hai, tak der wat apa..buat bodoh jer “, usikku sambil tersenyum di luar skrin.. Macamlah dia nampak aku senyum. “thanks call ida tadi” kata ku.
“ Ooo..ok.. saja call ida, hari tu beri nombor rasa tak sedap pulak tak call” balasnya.
“ gitu ke? “, call tu ada rasa sedap ke? , usikku lagi.
" oooo loyar buruk ya! "
" terimakasih lah ya. Nanti ida call awak pulak “ jawapku dengan tak malunya.
“ pantun yuk!, saya tengok awak pandai pantun”, katanya lagi.
“ Mana ada pandai, main-main aja” jawapku merendah diri.

Sessi pantun dan email berubah nada setiap hati. Ada rindu bila zam tidak online!. Apa dah jadi?. Aku cuba menepis perasaan itu. Aku peringatkan hati, zam dah ada Azi !. Aku juga selalu berkata..bukan lelaki yang ku cari!. Tapi hati tak boleh menipu. AKU RINDU!. Dan aku benar-benar yakin yang aku rindukan dia dan mulai sayangkan dia!. Oh! Hati , kenapa begini?. Aku menjadi seorang yang bukan aku!. Kelainan aku diperhati Intan.

“ Kau nie kenapa Ida?. Kau ada masalah ke?, aku tengok kau asyik termenung aja” tanyanya lagi.
“ Intan, kalau aku cakap kau jangan gelakkan ya!” pintaku.
Intan menarik kerusi dan duduk di sebelahku. Dengan sabar dia menunggu sesuatu yang hendak aku ceritakan padanya. Ku terangkan pada Intan masalah hatiku. Masalahnya aku jatuh cinta pada chatter!. Hanya dalam masa enam bulan berhubung di siber, aku menjadi seorang manusia yang tidak menentu tanpa Zam. Intan menggeleng kepala berkali-kali. Sambil memegang bahu ku Intan bersuara: 
“ Ida, aku dah pesan kat kau jangan jatuh cinta dengan chatter, kita tak kenal mereka, entahkan tua, entahlkan muda atau mungkin mereka tu MBA ( married but avail )”, pujuk Intan padaku.
“ aku tau tu intan, tapi aku nak buat macam mana?, soal hati terlalu payah untuk aku kawal Intan”. Layu jawapanku.

Sesungguhnya perasaan rindu itu tak pernah aku minta untuk hadir. Aku tak pernah terfikir yang aku akan menghadapi dilema seperti ini. Benarlah kata orang, cinta itu buta!.
“ Aku nak buat cam ner sekarang Intan? , hati aku tak tenteram selagi aku tak terus terang!”. Aku mohon simpati pada intan sahabatku.
“ Cam nielah, kau sanggup terima risiko kalau ‘rindu’ kau di tolak?” Tanya Intan.
“ Sanggup! “ tegasku.
“ emm…kalau kau sanggup, baik kau terus terang pada dia awal-awal..nanti kalau dah berlanjutan, kau bertepuk sebelah tangan lagi parah”, cadang Intan.
“ Boleh ke aku tanya dia? , akukan perempuan? “ aku bertanya pada intan macam orang pelik. Nanti aku macam perigi cari timba.
“ alaaahhh…apa nak heran? Orang perempuan sekarang lagi berani dari lelaki !, tak salah mencubakan? ” jawap Intan sambil tersenyum.

Akhirnya, ku kumpul seluruh kekuatan yang ada. Aku bertekad untuk membuang semua keresahan di hati ini, aku tak mahu hidup saban saat dalam keresahan yang aku bina sendiri. Aku gagahkan diri, Gaggang talipn ku angkat. Aku ingin menyelesaikan ini semua dengan membuat pengakuan pada nya dengan mengambil risiko yang cukup tinggi…Biarlah dia kata aku perempuan tak malu ke atau perempuan yang perasan sendiri ke. Biarlah.

“ hello” 
Dup jantung aku terhenti bilamendengar suara ‘jejaka kayangan’ ku 
“ Hello awak, saya nak cakap sesuatula kat awak, boleh tak? Ke awak sibuk waktu nie?” kataku sebaik sahaja talian talipon aku disambutnya.
“ Ada apa Ida?” lembut sahaja suara itu menjawap. “ Cakap sahajalah, saya dengar” sambungnya lagi.

Dalam hatiku aku berdoa agar Allah memberi aku sedikit kekuatan untuk berterus terang. Bukan mudah untuk aku melakukan ini. Seumur hidup aku, inilah kali pertama aku sangsi dengan kata hatiku.
“ Dah lama kita sembang di YM, saya takut saya akan kalah dengan perasaan saya, awak, saya dah rasa ada kelainan dalam hati saya”, kataku tanpa putus-putus untuk menyembunyikan gementarku.
“ Saya mula terasa yang saya mulai menyukai awak !”. terusku lagi.
Aku Cuma mendengar desah nafas seorang lelaki di hujung corong sana.
“ maafkan saya awak, saya tak bermaksud untuk mencemari persahabatan yang kita jalin dengan perasaan saya nie “. Sambungku.
“ Awak sayang saya tak?, awak ada tak rasa yang awak seperti tercari-cari, tertunggu-tunggu kehadiran saya di YM? ” tanyanya pada ku.
Sebaik sahaja pertanyaan itu disuarakan aku jadi gementar. Perlukah aku berterus terang?. Dan akhirnya:
“ Ada awak…maafkan saya” jawapku lemah.
“ Kenapa awak tanya macam tu kat saya?” , balasku pula.
“ sebab……saya juga punya rasa yang sama seperti apa yang awak rasa Ida!” . Saya sendiri takut dengan perasaan ini. Saya keliru. Saya takut untuk mengakui yang perasaan saya jadi tak keruan bila awak tiada. Saya takut nak mulakan pertanyaan ini Ida, maafkan saya” , itulah pengakuan yang aku terima dari zam. Medengar pengakuan itu aku tercengang sektika, bagai tak percaya dengan apa yang aku dengari.
“ Jadi semenjak dua menjak ini awak juga mnyembunyikan sesuatu?, Tanya ku padanya dengan nada kehairannan. 
“Iya ida, saya tiada kekuatan untuk melakukan seperti apa yang awak lakukan sekarang”, balasnya.

Mengambil sedikit kekuatan yang dah semakin tipis aku bersuara perlahan di hujung talian. Dengan menarik nafas ku luahkan apa yang terbuku:
“ AWAK…SAYA SAYANG AWAK, SAYA RINDU AWAK “. Aku tak peduli apa tanggapannya pada aku saat tu. Tapi perasaan ku lega selepas meluahkannya!. 
“ saya juga Ida!…saya juga SAYANG AWAK, RINDU AWAK! “. Aku mendengar pengakuan zam dengan penuh syahdu di hati.

Ya Allah! Kebahagiaaan apakah yang kau anugerahkan ini ya Allah?…Perasaan apakah ini ya Allah? . Petang itu berakhirlah sudah kesengsaraan yg bersawang di dalam hatiku sekian lama. Sesunggunya rindu itu sesuatu yang indah, tanpa rindu mungkin kita tak sedar akan kasih sayang yang wujud. rindu juga satu anugerah yang patut kita syukuri....Aku dan zam berjanji untuk tidak mengkhianati perasaan yang dianugerahkan ini. Bahagianya aku!. Kami berjanji dalam hubungan kami tiada istilah marah, rajuk atau cemburu. Sejak itu ‘ jejaka kayangan’ akanku panggil dengan panggilan ‘abang zam ‘.

*****
Sepanjang mengenalinya aku dan abang zam tak pernah bertemu. Entahlah, kami tiada kekuatan untuk memulakannya. Biarlah alam maya dan teknologi yang menyatukan kami. Tiap hari aku semakin menyayanginya. Aku semakin rindu padanya. Selalu juga kami bermain perkataan rawak. RASA adalah perkataan pertama kami. Jika dia sibuk selalunya perkataan itulah yang akan dihantar ke hand phoneku. RASA- Rindu Awak Sayang Awak. Kreatifnya dia!. Itulah yang membuat aku semakin menyayanginya. Terlalu mudah menjalin hati dengan nya. Dia tak banyak kerenah. Menerima aku seadanya.

Hari itu…hatiku berdetik, rindunya aku padanya......sehingga sekarang aku masih tidak menerima kiriman sms dari abang zam. Mmmm.....biarlah aku sms dulu......mana tahu dia sibuk ke.......sedang aku menekan punat-punat abjad di hand phone ku, telefonku berdering dgn nada bunyi mesej. Aku menekan butang read: Rindu saya ke?. Tertera ayat itu di skrin. Tau aja kita sedang rindukan dia! Saya tak rindukan awak la, saya miss aja J . Reply ku ke hand phonenya. Ala awak, apa yang terdetik di hati awak, itulah juga yang terdetik di hati saya tau!..itu yang ku baca bila ada mesej balasan. Eiiiii dia nie!. .begitulah aku dan abang zam. Saling bergurau, mengusik antara satu sama lain. Hiup aku sentiasa terisi dengan usikan-usikan dia. Malah …tiap pagi, dia akan menghantar asms kata rindu. Romantik person!. Kami makin lama makin serasi seperti laju Ajai dan Nurul, SERASI BERSAMA:




Semakin hari aku rasalah
Kita macam makin serasi
Kau rasa tak?

Semakin hari semakin serasi
Bagai pagi dengan sinar matahari
Bagai malam dengan kerdipan bintang yang berseri
Terlintas saja hati belum ku luahkan
Kau dah pun tahu bagai tiada lagi rahsia
Antara diri kita berdua

Semakin hari semakin serasi
Bagai gelora dan laut air dan tasik
Tak dicemari bagai puncak dan lembah lereng dan titi
Terguris saja hati belum ku tangis ku
Dah kau belai seperti sakit ku ini
Kau yang terasa jiwa kita serupa

Kita bagai satu permata
Terbelah bercantum semula
Hingga langsung tiada terlihat garisnya
Pemisah halus rambut dibelah halus

Kita bagai satu jiwa
Yang bercerai terpatri kembali
Hingga langsung tiada terlihat lainnya
Di dalam hanya ada kekasih hati
Kekasih hati ku


Namun…kebahagian yang aku layari bersamanya tidak lama. Abang Zam semakin jarang-jarang di YM. SMS aku juga tidak berjawap. Perlakuannya menjadi tanda Tanya , mengapa?, apa yang dah aku lakukan?. Kehilangan abang Zam menjadikan seorang perindu yang parah. Beratnya penantian ini. Dalam resah menanti aku pasrah. Pasrah yang mungkin didesaki oleh keadaan. Mungkin inilah akhirnya kisah cintaku yang pertama. Bila mengenang saat bahagia dengannya , pasti airmata ku tak dapat di tahan.


Friday, June 4, 2010

# Layan cerpen dulu ya : Jika itu Qada' Nya( Part 4 )

Di ruang chat aku bertemu aisyah.“ Aisyah, pas nie Ida dah tak masuk room lagilah, dah boring! “ beritahu ku pada Aisyah pada suatu hari.
“ kenapa Ida? , ada masalah ke?”
“ tak ada pun, Cuma hati ini dah tak berapa seronok. Ida pun dah ada Aisyah. Cukuplah” jelas aku pada aisyah.
“ Kita sembang di Yahoo Massenger aja ya”
“ Boleh jugak, saya pun macam awak jugak, dah malas dah nak sembang lagi kat room tu, saya pun dah ada awak, k, nanti kita jumpa di YM ya” , jawap Aisyah dengan nada gembira.

Akhirnya aku dan Aisyah tak lagi menjadi penunggu di room itu. Dan yang penting, hati ini tak lagi cemburu melihat nick zam bercanda ria dengan chaters lain. Di Yahoo Massenger , aku add juga id zam, mungkin sekali sekala boleh di tegur di tanya khabar. 

Dalam diam aku mulai merindui seseorang. Ah! Hati..mana mungkin ini terjadi!. Aku cuba menepis perasaan ini dengan menyibukkan diri. Berbual dengan Aisyah memang menyeronokkan. Ada sahaja topik yang kami bualkan. Pernah juga ku lihat ‘zam online tetapi aku tak pernah ditegur. ‘Biarlah” , bisik hati ku. Mungkin dia online sebab nak jumpa kawan-kawan dia yang lain, pujuk hatiku lagi. “Kenapa aku tak nak mulakan?. Malulah pulak, orang perempuan nak tegur dulu” hati aku berkata sendirian. Begitulah aku tiap hari. Menunggu dan memerhati.

Kadang-kadang aku menjenguk juga ke laman chat yang menemukan aku dan Aisyah. Laman chat yang memperkenalkan aku erti rindu. Namun, bila mana aku jenguk sahaja, pasti yang ku lihat usik mengusik ‘jejaka kayangan’ aku dengan seorang chatter kesayangannya. Yang aku cari waktu itu hanyalah kata-kata hikmah yang pasti ada dia coretkan. Membacanya pun cukuplah untuk meredakan arus rindu yang semakin kuat membasahi hati.

“ Hai , Ida..lama tak nampak ! ke mana? “ sapa abang veteren
“ tak ke mana-mana abang…kerja banyaklah, tu yang tak sempat tu nak merewang kata sini “
“ Kenapa tak datang hari gath ?, tak sudi ke nak kenal dengan abang? “ usik abang vet
“ Ishk!, tak ada maknanyalah abang nie. Malam tu famili datang dari kampung, tu yang tak boleh join tu”
“ Ohhh….”
“ Oklah ya abang vet, Ida kejap aja nie. Quit dulu ya “
“ Okey Ida, jumpa lagi”

Naz: “ Hi, boleh saya kenal awak? , lama dah saya perhatikan awak“ satu mesej masuk di personal massage aku.
Ida: “ emmm….sori ya, saya dah nak keluar …jumpa lagi “

Pantas aku log out dari laman tersebut. Malas untuk menjalin apa-apa hubungan dengan seseorang . Kerna hati dah terpikat kat ‘jejaka kayangan “. Tak tahulah kenapa hati ini susa sangat nak menerima sapaan lelaki lain dalam personal massage ku itu. 


*****

Lamanya aku tak open email, mesti dah pecah inbox agaknya. Aku memang malas bab-bab email nie. Baca rajin, jawap malas. Itulah aku. Hah! Betul ke nie? . Rasa handak sahaja aku menjerit pada Intan yang sedang buat fotokopi di hujung opis yang aku terima email dari ‘dia’!. Tiba-tiba rentak jantungku menjadi cukup pantas, tangan aku gementar. Bukan aku tak biasa menerima email sebelum ini tapi email dari ‘abang zam’ cukup untuk membuat aku menjadi nervous. Dengan lafaz bismillah aku open email darinya.

..di dalamnya tertulis :

Makasih Ida yang budiman atas kiriman artikel2 yang berharga itu......semuanya itu akan dibayar oleh Allah disana kelak. 

Ingatilah Allah sepanjang masa kerana Allah tidak pernah lupa pada hamba2Nya walau sedetik. Setiap detik kita dibekalkan udara, air, cahaya dan makanan oleh Allah. 

Allah sangat gembira jika hamba2Nya ingat padaNya sehinggakan Dia berbangga dgn para malaikat Nya sekelian. Terimakasih. Hantarlah lagi jika tiada keberatan.


Ya Allah…bahagianya hati ini hanya allah yang tahu. Rupa-rupanya email ku di baca juga. Alhamdulillah.

Kesombongan aku makan diri . Perasaan yang pelik ini ku pendam seorang diri. Takut benar aku kalau-kalau Intan mengetahui situasi aku sekarang. Mahu aku diperli lagi!. Sejak email pertama itu, aku akan pastikan namanya juga termasuk dalam senarai email yang ku hantar. Namun dalam hati tiada mengharap balasan kerana aku sedar siapalah aku.

Aktiviti aku di YM macam biasa. Aku dan aisyah saling bertukar-tukar cerita tentang hobi kami yang kebanyakkannya sama. Aku suka makan, aisyah suka masak. Bestkan?. Hari ini, sedang leka berchating dengan aisyah mengenai pertemuan pertama yang hendak di rancang, tiba-tiba YM aku berkelip-kelip : 
“ Assalamualaikum” , tertera perkataan pertama di skrin YM ku. Zam?..bisik hatiku.
“ Waalaikumsalam, pagi-pagi lipat gebar…apa khabar?” jawapku selamba.
“ Wah! Berpantun lak dia ya…daki gunung daik, saya khabar baik! “ jawap zam dengan selamba.
“ smile.gif “ hanya icon smile yang aku balas. Dalam hatiku berbunga-bunga. Boleh tahan gak zam nie kataku. Aku sebenarnya memang suka berpantun. Jika aku dalam keadaan yang tidak menyenangkan pasti pantunlah cara penyelesaiannya. 

“ Lama tak nampak di room, ke mana? “ Tanyanya lagi.
“ Tak kemana-mana, saja di YM sahaja dengan aisyah “ balas ku jujur. Dalam hati tertanya-tanya juga, dia cari aku ke kat room?. Emm…entahlah, mungkin dia saja Tanya begitu.

Bicara di YM hanya sekitar soal agama semata-mata. Sedikit soal keluarga sekadar mengetahui latar belakang. Sumpah! Aku tak pernah terasa ingin untuk tahu lebih tentang dirinya dari itu. Aku menghormati dia sebagai seorang insan yang cukup sempurna. Sedang elok berbual, tiba-tiba zam senyap. Aku yang sambil-sambil chat dengan Aisyah kehairanan. Tanpa disedari, aku bertanya pada Aisyah. 
“ tadi ida nampak zam, tetiba ilang pulak” Tanya ku pada aisyah.
“ biasalah dia tu ida, kalau nick Azi online aja, dia mesti menyelam berdua tu” beritahu aisyah dengan icon*smile* nya.

Bila mendengar sahaja nama Azi, berderau darah aku. Azi???… “ Oo….begitu ke?, dah ada seseorang rupanya ‘, detik hatiku. Emmm makwe dia agaknya! Teka hatiku. Jari-jemari terasa lemah. Orang ku puja rupa-rupanya sudah berpunya. Perasaan aku ketika itu?. Tentulah kecewa teramat. Tapi kenapa aku nak rasa kecewa?. Mengenali dia hanya melalui nick, berjumpa tidak sekali, malah berbual baru sekejapan. Aku cuba buang perasaan gila aku nie jauh-jauh. Aku doakan insan yang aku sanjung itu bahagia dengan Azinya.