Thursday, May 20, 2010

# Kisah temuduga satu soalan...

Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu 
> permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya. 
> Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, 
> lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya 
> Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice). 
> Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula 
> berkata, 
> "Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang 
> memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini" 

> Soalannya adalah: "Apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?", 
> tanya CEO tersebut. 

> Calon pertama berkata, 

> "FIKIRAN, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari" 

> "Bagus, satu jawapan yang baik", kata CEO tadi. 

> "Kamu pula?", tanya nya kepada calon kedua. 

> "KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun, 
> mata kita dah berkelip", jawab calon kedua. 

> "Satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut 
> SEKELIP MATA melambangkan kepantasan", kata CEO itu. 


> "Bagaimana kamu pula?", tanya CEO kepada calon ketiga. 

> "Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan 
> tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas,jawab calon ketiga. 


"Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?" 

> CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon 
> ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan 

yang sangat bagus sebentar tadi. 

> "Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa 
> perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT", jawab calon keempat 
> dengan yakin sekali. 

> "Haaa...???? CIRIT-BIRIT ???? Kamu ni tak serius langsung, macamana kamu 
> boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni?", CEO terkejut dengan jawapan 
> calon keempat tadi. 

> "Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit 
> perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau 
> MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah......... ....." 

> Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat 
> berkenaan... ......... .. 

> hehehehehhe. ......... ......... ......... .
 



No comments:

Post a Comment