cantik kembang si bunga manggis
putih bersih seputih melati
pantun dikarang sambil menangis
orang di kasih berubah hati !
naik sampan membeli sarung
sampan pecah baiki di bali
pergilah intan pergilah payung
pergi usah datang kembali
beratus ratus biji selasih
hitam nampak dikain putih
sudah putus ikatan kasih
tiada nampak bayangan pulih !
pergi keladang betik di petik
dimakan sejuk tersedak sedak
sengaja abang tinggalkan adik
rajuk adik pujuk tak hendak !
pokok sena dah nak rebah
rantingnya persuk terkena besi
pecah para habis segala
bagailah mana rajuk nak kebah
asyik memujuk dengan kepci
pakailah cara lain abangnya !
serawan jala dalam pedati
tercarik dek paku rasa kecewa
sekali sekala merajuk hati
bagai memaku kasih di jiwa !
akar menjalar masuk ke huma
sering terlangkah akar yang kering
hati dibiar merajuk lama
kering merekah berkeping keping !
sering terlangkah akar yang kering
hati dibiar merajuk lama
kering merekah berkeping keping !
buah pauh banyak jatuh
jatuh merata ditepi nisan
orang jauh hati pun jauh
pada kita tidak berpesan
tiup seruling merdu bergema
sampai kehulu didengar lembut
umpan dibaling sudah bernama
apa perlu kita menyambut ?
ikan puyu ikan seluang
berenang renang dalam perigi
pandai penyu mengorek lubang
meninggal telur mengimbus pergi !
merbah merpati mengigil sejuk
terkena hujan sejuk menggigit
berjauh hati ku bawa merajuk
hujan tak akan kembali ke langit !
terkena hujan sejuk menggigit
berjauh hati ku bawa merajuk
hujan tak akan kembali ke langit !
pangkas mempelam menyelerak laman
bersih menebas terang terangkan
unggas mengidam merak kayangan
cenderawasih lepas darinya tangan !
digaram nangka simpan di para
malang mendung membawa petir
tiram disangka mengandung mutiara
rupanya mengandung pasir sebutir !
buluh sumpit hala ke pulau
kerana ada binatang idaman
terbang pipit bila di halau
rupanya ada enggang di laman !
No comments:
Post a Comment