Monday, April 12, 2010

# Jejak Kasih + Kek Pelangi

Semalam kak ina hepi sangat tau ...sebab? sebabnya kak ina di kunjungi olehkawan lama yang dah 19 thn tak jumpa!.. Kami nie dulu duduk sebelah menyebelah katil kat asrama puteri jb. Along seorang yang lemah lebut orangnya. Sikap lemah lembut dia tetap mantain. Along comel dgn badan yg dah berisi sikit...eeeiii tak tau nak gambarkan kegembiraan hati kak ina nie.

masa dia call kata nak dtg rumah...kak ina cuma terpikir nak bake cake aja sbb bahan lain tak ada kat rumah. So nie lah keknya :)

sampai aja along, kek pun masak....nak rasa?...ambik ler...hehehe.. Kek Pelangi












Resepinya:
250g mentega
220g gula castor
220g tepung naik sendiri
4 biji telur ( gred A)
50ml susu segar
1/2 sk esen vanilla
pewarna kuning
pewarna hijau
pewarna merah
pewarna coklat@ 1 sb serbuk koko

cara:
1- pukul mentega +gula sampai kembang
2- masukkan telur satu persatu
3- ambil sebahagian dari tepung dan gaul, tuang susu dan akhir sekali masukkan tepung yang sebahagian tadi
4- bahagikan adunan kepada 4 bahagian ( setiap satu bahagian 200gm )

cara susun dalam loyang
- Sudukan dua sudu adunan kuning diikuti sesudu hijau, sesudu merah dan sesudu coklat.
- untuk round yg kedua, semuanya di sudukan sesudu sahaja sampai habis

bakar pada suhu 180'c selama 45min

selamat mencuba ya...










No comments:

Post a Comment