Wednesday, May 26, 2010

# Kebahagiaan dalam perpisahan- shahir af8

kak ina suka sesangatlah lagu shahir AF8 nie...layannnn



Liriknya

Tak perlu ucapkan sepatah kata

Kerana lantang terbaca dari muka

Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa

Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi

Betulkan kesilapan perhubungan ini

Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan

Manakah agaknya cinta kasih?

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum

Bunga yang layu pada musim luruh

Yang dulunya mekar disinar suria

Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata

Semakin lama semakin rekah

Menimbulkan tanya apa mungkin kita

Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Tiap titis airmata kau tangiskan

Ku dah cukup menampung selautan

Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam

Kerana cuba menafi realiti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum

Bunga yang layu pada musim luruh

Yang dulunya mekar disinar suria

Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata

Semakin lama semakin rekah

Menimbulkan tanya apa mungkin kita

Temu kebahagiaan dalam perpisahan





Monday, May 24, 2010

# Kek Nenas Terbalik


Wah ! nama kek macam best aja ek?..hehehe..
Apa-apa pun jom cuba kek yang simple nie ..







Resepinya:

1 tin nenas yang bulat-bulat
1/2cawan sirap nenas ( ambil dari dalam tin tadi )
sedikit ceri merah dan hijau
250gm mentega
2 cawan tepung naik sendiri
1 3/4 cawan gula castor
5 biji telur ( asingkan putih dan kuningnya )
1/2 sudu besar ovallate

Cara membuatnya :
1- susun nenas yang bulat-bulat tu dalam loyang. Boleh juga gunakan loyang empat segi atau bulat. Masukkan ceri merah dan hijau berselang seli.
2- pukul 1 cawan gula dengan putih telur. Pukul sampai putih telur pekat ( meringue )
3- Pukul mentega dengan 3/4 gula kastor sampai kembang.  masukkan kuning telur satu persatu.
4- masukkan 1 cawan tepung naik sendiri diikuti 1/2 cawan sirap nenas tadi. Akhirkan dengan  1 cawan tepung.
5- Masukkan putih telur . Gaul hingga sebati
6- Bakar pada kepanasan 170'c selama 45min

selamat mencuba :)

 
dari..

Friday, May 21, 2010

Thursday, May 20, 2010

# Kisah temuduga satu soalan...

Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu 
> permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya. 
> Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, 
> lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya 
> Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice). 
> Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula 
> berkata, 
> "Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang 
> memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini" 
> 
> Soalannya adalah: "Apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?", 
> tanya CEO tersebut. 
> 
> Calon pertama berkata, 
> 
> "FIKIRAN, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari" 
> 
> "Bagus, satu jawapan yang baik", kata CEO tadi. 
> 
> "Kamu pula?", tanya nya kepada calon kedua. 
> 
> "KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun, 
> mata kita dah berkelip", jawab calon kedua. 
> 
> "Satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut 
> SEKELIP MATA melambangkan kepantasan", kata CEO itu. 


> "Bagaimana kamu pula?", tanya CEO kepada calon ketiga. 
> 
> "Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan 
> tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas,jawab calon ketiga. 
> 

"Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?" 
> 
> CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon 
> ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan 

yang sangat bagus sebentar tadi. 
> 
> "Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa 
> perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT", jawab calon keempat 
> dengan yakin sekali. 
> 
> "Haaa...???? CIRIT-BIRIT ???? Kamu ni tak serius langsung, macamana kamu 
> boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni?", CEO terkejut dengan jawapan 
> calon keempat tadi. 
> 
> "Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit 
> perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau 
> MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah......... ....." 
> 
> Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat 
> berkenaan... ......... .. 
> 
> hehehehehhe. ......... ......... ......... .
 



# Astagfirullah.....

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi..... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. 

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. 

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. 

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. 

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni.. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. 

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya 
. 
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu. 
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. 
Hamba Allah tu kata, 'Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya.. Subhanallah sungguh sedap ni.' kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah 

Kalau semua nak tahu 
... 
si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor 
buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. 
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. 
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. 
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu... Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..
 



Wednesday, May 19, 2010

# Rose kelopak dari satin riben


Kalau hari tu kak ina menggunakan riben yang agak tebal sepertimana yang disertakan dalam kit riben rose pn ann. Kali nie kak ina cuba juga rose yang sama tetapi menggunakan riben satin yang agak lembik. 

Agak leceh jugalah jika hendak di bandingkan dengan riben yang tebal tu. Walau bagaimana pun kak ina suka jugak akan hasilnya..:)



Belum jadi sarung bantal kusyen lagilah, sebab baru siap 1. Masa tak cukup..huhuhu..banyak baju kurung orang yang belum dijahit....





salam mesra selalu :)

#Handphone case dan bantal baby Fiza S'ban

Kali nie kak ina diberi kepercayaan oleh seorang kenalan maya kak ina yang terbaru - Fiza dari seremban. Katanya teringin sangat nak ada HP case RE. Kak ina bernasib baik sebab fiza seorang yang cukup peramah dan simple orangnya. Alhamdulillah Fiza puas hati dengan hasil kerja kak ina. Terimakasih  :)...




size : 4.5" x6"
rm30







saiz: 12" x14"
rm30 + bantal 







salam mesra selalu :)

Thursday, May 13, 2010

# Apam Aiskrim


Resepi inie kak ina ambil dari blog JURNAL RASA. Tq za  dan tq juga pada maklang azie.
Tapi yang peliknya kenapa apam kak ina tak merekah macam apam yang za buat ek? api besar dah...kurang dikembangkan kot...

tapi gebunya alahaiiii macam kapas :)
za, kak ina copy paste ya resepi tu ( penyakit malas dah mai :) )


Resipi Apam Aiskrim
Sumber: Maklang Azie dan zaliana

Bahan A
250g gula castor (saya letak 200 gm gula dikisar halus ,manisnya sedang2)
1sm ovellette
3 biji telur

Bahan B
300g tepung gandum/tepung naik sendiri (saya pakai tepung naik sendiri)
1st baking powder (saya pakai double action baking powder)

Bahan C
200 ml air sprite/ice cream soda

Cara
Pukul A sehingga kembang dan gebu. Masukkan bahan B pukul hingga gebu.
Masukkan C. Pastikan selepas masukkan soda, akhiri dgn tepung. 
Bahagikan kepada 2 bhg. Satu bahagian biarkan kosong dan satu lagi di bahagi dua : hijau dan merah.
Masukkan warna asal dlm mangkuk dan sedikit warna hijau dan merah.
Kukus selama 10 minit (api besar baru apam pecah)



Sunday, May 9, 2010

# HAPPY MOTHER DAY !!!


Kepada semua wanita yang bergelar ibu, mama, umi, mek dan sebagainya untuk seorang wanita yang telah mempunyai anak, kak ina ingin mengucapkan Selamat hari ibu,  Selamat Hari Mama, Selamat Hari Umi, Selamat dan selamat. Semoga kita semua diberi kekuatan mental dan fisikal untuk mendidik anak anak kita dalam udara persekitaran yang cukup mencabar ini. 

Anak anak semakin bijak dan kita sebagai ibu perlu lebih bijak dalam memanipulasi pemikiran anak anak. Kak ina masih ingat lagi pesanan cikgu kak ina, jika anak kita ingat mereka pandai, kita jangan tunjukkan kita tak pandai tapi ubah kepandaian mereka dengan kepandaian kita mengolah dari pengalaman kita kepada mereka....insyallah anak2 akan terus menganggap kita ibu yang paling hebat!!!...

seperti mana kita menganggap ibu kita sendiri sebagai seorang ibu yang paling hebat kan??

Tuesday, May 4, 2010

# Frame Ribbon Embiodary



Frame nie lama dah di tempah tapi baru dapat di siapkan..harap penerimanya suka.




Friday, April 30, 2010

# Seperti yang dijanjikan...


Akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaaa.....


Hari nie siaplah 2 biji sarung kusyen yang di telah kak ina jahit dengan sungguh-sungguhnya! Semua bahan dari kit yang di datangkan khas dari kit rose yang di beli kelmarin telah habis ku gunakan....:). 

Yang berbaki riben 1 1/2 " yang kak ina rasa cukup untuk buat sekuntum rose besar dan 2 kuntum . yang untuk filler pun cukup lagi untuk 2 biji bantal rasanya.Kena beli riben 1 1/2 " gamaknya dari pn ann nie. Nak buat sepasang sarung kusyen lagi...ketagih nak menggulung!!!

Walaupun tak secanggih mana tapi dimataku ia tampak cantik sekali..hahahhaa...meh gelak sesama kak ina meh..:D :D :D









salam sayang dari

Wednesday, April 28, 2010

# Bun manis



Tadi kak ina bakar bun manis nie, Resepinya kak ina ambil dari blog http://sue-hasue.blogspot.com
Tq sue dengan resepi yang cedap nie! Rotinya gebu. Dalamnya kak ina letak mentga + gula sikit sebagai inti.


Resepinya:

300gm tepung gandum
80gm gula
20gm susu tepung
1 biji telur
1 sudu teh yis + 1/2 cawan air suam
1 sudu besar majerin
1/2 sudu teh pelembut roti
sedikit bread improver

cara:
1- tepung+gula+susu tepung+ bread improver digaul rata
2- lubangkan tengah2nya, masukkan telur
3- masukkan marjerin
4- gaul rata +air+yis
5- uli dan masukkan pelembut roti
6- perap sampai doh naik sekali ganda
7- bulat bulatkan doh kecil kecil, masukkan marjerin sebagai inti
8- bakar 20min pada suhu 175' c atau 180'c

selamat mencuba.....


# Mee Bandung Muar


Kali nie kak ina nak kongsi resepi mee bandung muar walaupun kak ina bukan orang muar :)

mee nie sedap kalau makan waktu petang sambil minum air teh....

Resepinya:

600gm mee kuning ( basuh mee nie dulu ya )



untuk kuahnya:
*10 tangkai cili kering
*5 biji bawang merah
*7 ulas bawang putih
*1/2 cawan udang kering
1/2 cawan udang hidup
1 cawan daging rebus
2 pokok sawi
4 cawan air rebusan daging
1 cawan gula pasir
garam
telur
1 sudu besar sos tiram

Bahan iringan sebagai penyeri dan penambah kesedapan :)

Daging ayam, fishball, sotong, bunga kobis, bawang goreng dan cili jeruk.

Cara masak kuah :

1- Kisar halus bahan yang bertanda *.
2- Tumis dengan minyak sampai naik bau. Masukkan sos tiram.
3- Masukkan air rebusan daging.
4- Masukkan juga daging ,udang hidup, sawi, fishball, sotong, bunga kobis dsb.
5- perasakan dengn gula dan garam.
6- Tunggu sampai kuah agak pekat sedikit.

Bila nak masak mee, ambil kuah ini  secukupnya untuk sepinggan mee, panaskan dan masukkan mee. Pecahkan telur sebiji. Angkat dan tabur dengan bawang goreng juga cili jeruk

Bolehlah di makan :)

Tuesday, April 27, 2010

#Kit Rose dan percubaan pertama :)

Semalam 26 Apr 10, kak ina terima dari tangan pak posmen kit rose yang kak ina oder dari Pn Ann. Teruja sangat sebenonya nak menerai rose advance nie. Kali nie kak ina nak terai dengan melihat gambo langkah demi langkah yang di sertakan dalam kit tu, sebelum masuk kelas yang sebeno benonya....so nie lah hasilnya...taraaaa!!!

Actually kak ina minta juga pendapat Pn Ann melalui email dan Pn Ann memang guru yang best sangat!, dia terus komen dan kak ina pun ambil inisiatif merepair bunga kak ina tu...hehehe..tapi tak per..kak ina akan terus praktis dan praktis..kata guru, more praktis become perfect! 


Plan nak bantal kusyen...komen ler apa yang patut ya....di alu alukan nie...bukan ikan alu alu ya...










Inilah kitnya...semua lengkap...tinggal nak menyulam jer.....









Sunday, April 25, 2010

# Beg RE - pink roses

Kali nie kak ina upload beg RE lagi :). Menggunakan keadah ros kelas pertengahan, bunganya berkelopak jugalah walau tidak se'cun' bunga ros advance ... tapi oklah tu kan?


Agak payah gak nak buat beg nie, dengan lapik spannya..zip lagi...mencabar gak ler pada kak ina yang tak berapa tahu nak buat beg nie..:D