Saturday, June 5, 2010

# Layan cerpen dulu ya: Jika Itu Qada' Nya ( Part 9 )

Setelah kata kembali bersahut, percintaan aku dengannya semakin segar. Rindu kembali merah. Jari-jemari sudah tidak mengenal letih untuk mengetuk keyboad. Aku semakin jatuh cinta dengannya. Cinta tanpa melihat wajah, cintaku bagai air terlus melimpah ruah hanya dengan sekeping foto yang di hantar melalui email.

Sedang rancak berkomunikasi di alam siber, abang meminta pertemuan. Dalam hati berlonjak kegembiraan bila permintaan itu disuarakan. Tetapi, Cuma mendiamkan diri. Setiap kali permintaan itu abang ajukan pasti aku akan mengubah ke topik yang lain. Aku tiada keberanian sebenarnya. Pada nya aku peringatkan:

“Ida nie gemuklah abang..kulit pun hitam gelap. Nak jumpa ke? “ kata ku padanya setelah puas dia mengulang-ulang permintaanya.
“ Selama ini Ida ingat abang berkawan dengan Ida kerana tubuh badan ke Ida?, Abang berkawan dengan Ida sebab hati Ida”
“ Abang lagi takut tau nak jumpa Ida. Abang pernah lukakan hati Ida, abang tak kacak, tak segak seperti yang Ida selalu gambarkan. Kita kena berani berhadapan dengan alam nyata Ida, please”
Akhirnya setelah sekian lama aku mendiamkan diri lantas aku menyatakan persetujuan untuk menemuinya. Menemui seorang lelaki yang ku gelar ‘jejeka kayangan’. 

“ Intan, lunch time ni Ida nak keluar, nak jumpa ‘jejaka kayangan’, kau temankan aku boleh?”
“ Hah?..kau nak jumpa ‘jejaka kayangan’ ? kau nie serius ke Ida? Jengkel Intan.
“ Seriuslah nie..kalau tak serius buat apa aku nak keluar dengan dia. Dah dekat setahun aku berkawan dengan dia baru hari nie aku nak jumpa dia” kataku..” kau temanlah…” rengekku pada Intan.
“ Eiii…ada ke nak dating suruh kita temankan!..apalah kau nie Ida..tak macho betul!…cam nie..kau pergi makan kat tempat yang ramai orang..kalau dia nak buat tak elok tentu dia tak berani!” cadang Intan.
“ Merepeklah kau nie Intan..ada ke fikir sampai ke tahap cipan gitu!” balas ku sambil mencubit lengannya.
“ Nak teman ke tak nak nie?”
“ Allaaa….kau pergilah sendiri Ida, nanti kalau aku ikut dia malu pulak nak sembang dengan kau…buatnya dia jatuh hati kat aku pulak cam ner?…melopong kau! Hehehe.
“ teruklah kau nie Intan…oklah, aku pergi sorang, kalau aku tak balik opis kau call tau..manalah tau aku kena culik dengan ‘jejaka kayangan’ aku..di bawanya ke kayangan “ usikku pada Intan.
“ Gatalnya perempuan niee…” kata Intan sambil menarik hidungku.

Akhirnya kami berdua ketawa. Riang sungguh hati ini. Dalam riang, hati di dalam berdebar-debar. Entah bagaimana penerimaan abang Zam terhadapku setelah bertemu dengan ku nanti. Apakah selepas berjumpa dia akan hubungiku lagi?. Apakah setelah bertentang mata, aku masih dilayan semesra ini atau sebaliknya?. Adeh! Seriau bila mengintakan itu semua.
Cepatnya dah nak jam 12.30pm!..alaaaa nafasku menjadi tak keruan. Takut ada cemas pun ada. Bismillah…aku hidupkan enjin kereta dengan perasaan gementar. Menuju ke satu distinasi menemui insan yang selama ini aku angankan. Sepanjang perjalanan, aku membayangkan ‘ jejaka kayangan’ ku penuh dengan cirri-ciri lelaki idaman ku. Sopan-santun dan berhemah juga kemas. Aku tiba di tempat yang di janjikan. SMS ku terima dari abang Zam: 

Ida dah sampai?. Ishk! Dia nie mcam nampak jer aku dah sampai detik hatiku…
dah kat parking lot nie…abang tunggu Ida kat mana?..sent
abang tunggu kat depan kedai teddy bear tingkat satu .Boleh ke kenal abang nie? .
Bolehlah abang…bukannya abang tu lain dari orang pun…hehehehe.ok, Ida gerak sekarang tau..jangan menyorok! Pesan ku melalui sms.

Bismillahirahmannirrahim…ya Allah berikan aku kekuatan hari ini ya Allah…doaku sebaik sahaja mengatur langkah pertama. Sebaik sahaja sampai di tingkat satu aku melihat seorang jejaka sedang tertinjau-tinjau.

“ Assalamualaikum”
“ Waalaikumsalam…errr….Ida? “
“ Iya, saya Ida”
“ Tipu abang ya!, Ida kata Ida…..
“ Gemuk? hitam? Pintas ku.
“ Iya…eh! Jom kita ke meja makan dulu..kita sembang panjang!”

Aku hanya mengekori, dalam hati aku menjerit kegirangan…eiiiii handsomenya dia!. Ternyata dia memiliki semua yang aku gambarkan!. Dia seperti arca yang memang di buat khusus untukku. Semua dalam dirinya seperti yang aku harapkan dari seorang lelaki. Matanya bening redup sinarannya. Bibirnya tak lekang dengan ulas-ulas senyum. Sepanjang bersama kami tak sudah-sudah berbual. Terasa cepat sangat waktu berlalu. Banyak yang dibualkan dan yang masih aku ingat bila dia menyatakan ketidakpuasan hatinya kerana penipuanku. 
“ Gambar siapa yang Ida kirim hari tu?”
“ Gambar tah sapa-sapa kat internet’ saja Ida kirim yang itu, kenapa?”
“ Kenapa tipu?”
“ Mana ada tipu…saja untuk menguji, jadi abang dah tak sudi nak kawan dengan Ida ke?”
“ Bukan begitu…Ida lebih cantik dari apa yang abang gambarkan tau!, rugilah kalau abang tinggalkan Ida buat kali yang ke dua”
“ Eii..janganlah cakap macam tu..malulah”.
“ Ida…Abang sayang Ida tau!, Jangan cari yang lain tau!”

Sejak pertemuan itu, kami menjadi semakin rapat dan declare menjadi pasangan untuk sama-sama melayari satu kehidupan bersama.. Kebahagian yang tidak pandai hendak aku terjemah. Padanya ku hantar email…

Awak..
Sekarang saya dah jumpa awak
Saya dah kenal awak..
awak umpama sebuah arca 
yang di ukir khusus untuk saya
semua yang saya bayangkan tentang awak
benar belaka!
semua ada
pada awak!

mata awak memang redup
bila awak pandang saya pasti tunduk
hidung awak cam jambu air tapi cute!
telinga awak capang..hehehehe macam telinga saya !
eeiii saya suka

awak..
pas jumpa awak
saya rasa saya dah sayang awak
sayang sangat...

Dan email ku di balas manja :

Awak..
Saya pun sayang awak sangat..
Lebih-lebih lagi lepas jumpa awak..

Awak cute
Dulu awak kata awak gemuk
Awak putih
Dulu awak kata awak hitam
Eeiii teruk betul awak tipu saya!

Kalau awak lari
Saya tak akan izinkan
Nanti awak jatuh saya tak dapat tangkap
Kalau awak nak lari jugak
Saya tak nak bagi jugak!
Sebab awak milik saya!

Ok ke tu jawapan saya?..hehehe


Begitulah aku dengan abang zam…kalau bukan di Ym, pasti di email tempat kami meluahkan rindu.


No comments:

Post a Comment