Friday, June 4, 2010

# Layan cerpen dulu ya:Jika Itu Qada' Nya (Part 2)

Keesokannya, setelah siap kerjaku, aku mulai melayari laman chat semalam. Emm..dah ramai rupanya. Ku perhati setiap nick yang ada. Eh! Nick semalam jugalah!. Pasti di sinilah mereka melepak, berbual tanpa suara. Bergurau tanpa rupa namun mesra. Aku mengambil langkah pertama.
“ Assalamualikum semua “, enter….aku menunggu respon dari para chatters yang ada.
Aisyah : “ Waalaikumsalam Ida, silalah jangan malu-malu”. Aisyah, chatters pertama yang menjawap salamku.
Ida : “ Terimakasih Aisyah. Emmm dari mana?. Balasku.
Aisyah: “ KL, Ida? “
Ida: “ KL juga biggrin.gif “ kataku lagi.
“ Waalaikumsalam Ida” satu lagi sapaan aku terima dari nick veteren.
“ Thanks veteren “ , jawapku.
“ terimakasih pada yang sudi menjawap salam ya” balasku dengan hati yang cukup gembira.

Hari itu, perbualan maya aku dengan Aisyah seperti orang dah kenal bertahun. Banyak jugalah soal-soal peribadi yang kami bualkan.Seronoknya aku hari itu.
“ Jumpa esok ya Aisyah, dah nak balik nie “ kataku pada Aisyah apabila jam dah menunjukkan waktu pejabat dah pun tamat.
“ Okey Ida, jumpa lagi, assalamualaikum “ jawap aisyah. Aku menjawap salamnya.

Begitulah berakhirnya episod pertama aku di ruangan chat dan akan berlaku lagi beberapa episod yang tak pernah aku sangka akan berlaku nanti.


*****

“ Lambat hari nie Aisyah? Jalan jem ke?” tegur ku sebaik sahaja aku melihat nick Aisyah muncul di skrin.
“ Baru jam 9.00 pagi Ida…bukan lambat..ini dah kira cepat tau! Opis buka jam 10.00 pagi tongue.gif rindu ke?. Usik Aisyah.
“ Esok saya cuti tau Ida, ada hal nak diuruskan “ beritahu Aisyah pada ku.
“ laaa…esok saya nak sembang dengan siapa pulak?, renggek ku. “ Rindulah saya “ kataku lagi.
“ Ida, kat sini semua kawan tau! Ida boleh sembang dengan yang lain-lain juga “ balas Aisyah lembut.
“ taulah ramai, tapi mana sama sembang dengan aisyah. Dengan orang lain ida tak berapa kenal. Lagipun malulah”., rungutku.

Waktu terlalu cepat berlalu rasanya dan bila tiba waktu pulang:
“ emm ..okeylah Aisyah…selamat bercuti ya..jumpa lagi, hati-hati drive” , kataku pada aisyah sebelum menutup laman chat.

Alah! Boringlah Aisyah tak ada! bentakku bila masuk ke ruang chat tanpa Aisyah. Baik perhati ajalah apa yang mereka bualkan, putus hatiku. Sudahlah kerja pun tak banyak…ishk! boring, boring.

“ Kerja dakwah kerja bersama, kita kena peringatkan pada mereka yang dah lupa “.
“ Allah suka pada makhluk yang suka berbuat kebajikan”.
“ Jom sembahyang, dah masuk waktu”
“ Assalamualaikum semua”.

Mata aku terpaku pada tiap bait yang tertulis di skrin. ‘Zam’ - itulah nick yang membuat mata ini tidak berkelip-kelip membaca tiap tulisannya. Susun katanya lembut bicara. Mengajak chatters ke arah kebaikan tanpa paksaan. Tulisannya berhemah. Aku tersenyum bila membaca kalimah akhirnya “Jom sembahyang, dah masuk waktu”. Emm….siapakah dia ya?.
“ Woiii Ida! Kenapa tu tersenyum sorang-sorang tu? Dah angau ke kau? “ sergah Intan tiba-tiba memeranjatkan aku.
“ Apalah kau nie, terkejut tau! “, sambil menjengilkan mata pada Intan. Geram betul aku di buatnya tadi.
“ kalau aku ada sakit jantung mau dah tamat umur tau! “ marah aku pada Intan.
“ Yuk solat! Karang penuh surau kau bising pulak!” ajak Intan padaku.
“ Yuk” balasku.

Dalam perjalanan ke surau, Intan mulai membebel. Katanya aku semakin kurang berbual dengannya di opis asik merenung skrin komputer aja.
“ Banyak kerja ke Ida?, aku tengok kau senyap tekun jer depan komputer. “ Tanyanya.
“ Mana ada Intan, aku chat la..kan ke kau jugak yang ajar? “ jawap ku sambil ketawa kecil, sambil mengenyit mata.
“ emm…dah jumpa buah hati ke?” Tanya Intan seperti mengorek rahsia.
“ Ishk! Tak ada maknanya! . Kau ingat senang ke orang macam aku nie nak jatuh cinta dengan tidak kenal rupa Intan woiii…” kataku lagi sambil menjuihkan bibir.

Intan hanya tergelak melihat kelakuan aku. Selesai solat, aku dan Intan kembali meneruskan kerja masing-masing.

No comments:

Post a Comment