Friday, June 4, 2010

# Layan cerpen dulu ya: Jika Itu Qada' Nya ( Part 3 )


RINDU mulai menyelinap sayup di lipatan hati aku. Dalam diam aku mulai ’rindu’ pada ZAM. Pelikkan? Tapi itulah yang terjadi padaku. Namun, aku, cuma berani memberi salam sahaja padanya jika bertemu di alam siber ini. Cukup bila ‘dia’ menjawap salamku sahaja, hati aku pasti bergetar, vibrate kata orang putih…hehehe. Bibirku pati menguntum senyum walau ku tahu ‘dia’ tiada melihat. Tapi hanya itulah sahaja keberanian yang aku ada saat itu. Aku masih ingat kata-kataku pada Intan dahulu, tidak mungkin aku jatuh cinta pada seseorang yang tidak aku kenali. Namun, tiap bicara ‘Zam’ menjadi perhatianku. Dalam senyap, aku menjadi peminat setianya walau tidak ‘dia’ ketahui. 

Aku membayangkan tentu dia seorang lelaki yang ada karismanya. Seorang lelaki yang berilmu, beriman dan kuat agamanya. Orangnya tentu segak, mempunyai senyum tak lekang di bibir dan wajahnya sentiasa basahi dengan wuduk. Kalaulah aku dapat berdampingan dengan ‘dia’ , akan aku hentikan masa yang beredar supaya ‘dia ‘ hanya dalam pandangan mataku. Ishk! Jauhnya aku berangan!. Namun, semua itu aku simpan jauh di sudut hati ku sendiri. Dengan memandang nicknya sahaja aku dah rasa cukup tenang. Bagaimana agaknya jika dia sudi mengenaliku?. Emm..tak mungkin! Tak mungkin ‘dia’ yang ku gelar “ jejaka kayangan’ ingin mengenaliku. Sepanjang enam bulan di ruang itu, hanya Aisyah, veteren yang menjadi teman bualku. ‘jejaka kayangan’( ? ) tidak pernah menunjukkan minat untuk berbual denganku. Dia sekadar membalas salamku dan kemudian terus rancak berbual dengan lain-lain chatters. Malah, kehadiran ku sedikit pun tidak di endahkan. Kata orang ada tidak menambah, tiada pun tidak mengurankan. Emm…tak mengapalah, pujuk hatiku. Aku ke mari bukan untuk mencari siapa-siapa, kedatangan aku sekadar berbual kosong mengisi masa lapang. 

Setiap hari, hati semakin berdebar-debar bila melihat nick tu. Duhai hati, mengapa begini?. Dari pemerhatian ku jejaka kayangan ku agak rapat dengan Aisyah kawan siberku. Dari Aisyah aku beranikan diri bertanya mengenai Zam.

“ Awak kenal Zam ke syah?” tanya ku di personal massage.
“ taklah berapa kenal. Tapi rajin juga saya sembang dengannya di personal massage. Adalah dia talipon saya kelmarin, kenapa Ida?” tanya Aisyah.
“ Tak ada apa, saja bertanya, Ida sukalah dengan cara dia, itu sahaja “ jawapku ikhlas pada Aisyah.
“ Suara dia macho tau Ida, suara lelaki!, boleh cair kalau siap-siapa mendengarnya “ puji Aisyah pada suara Zam tanpa aku bertanya.
“ Oh…iyake?, bestkan awak dah dapat dengar suara dia “ lemah sahaja jari-jemariku menaip jawapan ini untuk Aisyah. Dalam hati aku merasakan getar cemburu. 
Hey Ida! Tak malu ke nak cemburu? , kenal tidak jumpa pun tidak hendak cemburu!, ejek hati kecil ku. Aku tersenyum bila mengenangkan teruknya perangai aku. Iyalah hati, buat apa nak cemburukan?, dia pun bukan tahu yang aku minat kat dia, aku memujuk diri sendiri. Tapi hati enggan mengalah. Suatu hari pasti aku akan kenal juga dengannya.

“ awak ada gambar dia?”
“ tak adalah Ida, dia memang tak akan beri gambar dia kat orang. Tapi tak kisahlah kan Ida, kita bukan nak kenal denga orangnya..kitakan nak kawan-kawan aja”.
“ Boleh tak saya minta email add dia dari awak Aisyah?” 
“ Boleh aja Ida, Ida nak hantar apa?. Apa-apa pun nanti saya tanya zam dahulu ya boleh ke tidak nak beri email dia kat awak”, lancar sahaja jawapan aisyah padaku.
“Okey, Ida Cuma nak forward email-email agama aja Aisyah” jelas ku pada Aisyah.
“ ok tu, zam suka email-email sebegitu” balas aisyah.

Hari itu perbualan aku cuma berkisar tentang zam dengan Aisyah. Leganya hati bila akhirnya aku mendapat keizinan dari zam agar email id nya turut dicopy dalam tiap email yang aku hantar kepada Aisyah dan kawan-kawan siber ku yang lain.

*****

Sejak berkenalan dengan Aisyah aku menjadi seorang penunggu setia di laman tersebut. Kata orang sambil menyelam minum air. Itulah yang aku lakukan. Sambil chatting dengan Aisyah, mataku akan tetap memandang nick ‘jejaka kayangan’ku. Untuk menegurnya secara terang-terangan memang aku tak berani. Mentelah aku melihat dia lebih senang melayan chaters lain. 

“ Ida, we all nak buat gathering’ mai ler join” pelawa veteran suatu hari.
“ malulah vet, segan, maklumlah dah tua, dahlah itam, gemuk pulak tu! “ helahku.
“ Apa nak malu? asyik sembang kat room aja, jom ler gath sesame, leh kenal-kenal” pujuk vet lagi. 
“ Insyallah ya abg vet. Kalau Ida nak pergi Ida sms abg dulu ya “, jawapku pada Vetren. Dia ku panggil abang kerana factor usia. 

Veteren atau lebih ringkas ku panggil abang vet- seorang lagi chatter yang agak rapat denganku. Dengannya aku selalu bergurau dan bersoal jawap tentang agama. Dalam waktu yang sama, nick zam sentiasa di intai oleh hujung mataku. Aku menjadi seorang pemuja dari kejauhan. 

Lebih lapan bulan aku membina tali siratulrahim tanpa memandang wajah, tanpa suara. Aisyah dan aku semakin rapat. Banyak malasah dan cerita suka duka di kongsi bersamanya. Veteren aku anggap sebagai guruku. Ramai lagi chaters yang aku kenali tapi bak kata pepatah, dalam riuh aku sunyi !. Insan yang aku minat masih tidak menyahut panggilan hatiku. Mengerling pun tidak. Sedih. Hampa. Tentu kau orang pelik kenapa aku jadi begini. Aku lagi pelik!. Aku perindu gila!. Kerana yang di rindu haram tak tahu. 

“ Gila kau Ida!, mengarut!” jerkah Intan bila kekusutan perasaan aku suarakan padanya. Intan juga kata aku gila. Tapi gila ke aku memuja seseorang ?.
“ Sudah! Hentikan semua nie, baik kau online di Yahoo Massenger aja. Ada feadahnya! , nie tidak asik dok rindu kat orang yang tak pedudikan awak..mengada-ngada!”, usul Intan padaku. 
“ Suruh masuk berbual dia jatuh cinta pulak!” bebel si Intan tak habis-habis.
“ Apa pu;ak jatuh cinta? Orang suka ajalah..lagipun bukan dia tahu aku suka kat dia..apalah kau nie Intan” aku mempertahankan diri.
“ tak ingat ke kata orang tu dulu?, kita nie profesionallah , tak ada maknanya nak jatuh cinta kat chatters”, perli Intan sambil menjelirkan lidahnya pada ku.
“ Eiiiiiiiiiiiiiiiii dia nie…nak kena agaknya!” Jerit ku sambil mengejar Intan keliling opis. Kawan- kawan lain sekadar gelak melihat kami berkejaran. 
“ Kau orang nie macam budak kecik!kerja dah siap? “ tiba-tiba terdengar suara yang cukup kami kenali.
“ Oppsss…sorry boss !..kataku malu sambil terbongkok-bongkok pergi semula ke mejaku sambil menjeling Intan yang sedang terkekeh-kekeh ketawa.

“ Padan muka kita, nie kau ler punya pasal “ kataku perlahan pada Intan.
“ Jumpa di Yahoo messanger , ada cerita nak beritahu” bisikku pada Intan lagi.
“ Ok”, angguk Intan.
*****

No comments:

Post a Comment