Friday, June 4, 2010

# Layan cerpen dulu ya: Jika Itu Qada' Nya ( part 1 )

Dulu kak  ina pernah menulis walaupun .....hehehe...nak baca ?...baca arr tapi nie dulu la..sekarang tak pernah mencuba lagi...nielah satu satunya karya yang pernah kak ina nukilkan...ewahhhh...


RINDU- Sepatah perkataan yang cukup untuk menggambarkan kesengsaraan bagi yang mengalaminya. Rasa letih, lelah, rimas, resah, gelisah. Dan kadang-kadang di dalamnya ada rasa gembira, bahagia dan indah. Ianya bercampur baur hanya dalam satu kalimah - ‘rindu’. Manusia yang tidak pernah merasai rindu adalah manusia yang paling malang dalan kehidupannya. 

Memang rindu itu sakit. Sakit sangat tatkala hati sudah tiada upaya menanggung penderitaannya. Ibarat kanser yang mana kesakitannya hanya di rasai setelah kritikal. Pesakit rindu akan kehilangan tawa, kehilangan ceria dan sekali sekala merampas senyum. Hidup bagai menanti sesuatu yang tak pasti. Tiap saat yang dilalui hanya memendam rasa, menitip harap pada yang Esa agar ketemu penawarnya. Sakit yang hanya ada satu sahaja penawarnya. Iya, satu sahaja iaitu - temui insan yang dirindui itu. Agar rindu yang bersarang kembali terang. Rasa rindu yang membungkam terlerai cengkam. Jiwa yang resah kan hilang gelisah. Agar senyum bisa diukir kembali di bibir yang layu. Emm…lelah. Dan kini, rindu kian ranum. Merening.

Mengapa rindu datang menyapa?. Mengapa rindu datang tiba-tiba?. Dahulu aku tidak begini. Dahulu aku insan yang cukup ceria. Tidak pernah aku kenal apa itu rindu malah merasainya juga tidak sama sekali. Pernah sahabat baikku bercerita tentang rindunya. Rindu pada kekasihnya yang jauh diperantauan. Rindu pada suara kekasihnya, pada belaiannya dan macam-macam lagi. 
Aku? Hanya mentertawakannya malah dengan angkuh aku berkata :
“ Apalah kau nie Intan, jiwang sangat !. Sikit-sikt rindu, sikit-sikit rindu ! “.
“ Kau tak tau dahlah Ida! kau tu mana tau bercinta! “ gerutunya.
“ Alahhh Intan, aku kalau bercinta pun tak ada macam kau tu rasanya! “ balas ku.

Kini, aku menjadi salah seorang dari pesakit rindu yang kronik. Semua yang ku pandang mengingatkan aku padanya.Pandang kanan dia, pandang kiri dia. Semua suara yang ku dengar persis suaranya. Semua yang ku pandang tak ubah seperti dia. Dia?..

*****

Semua ini bermula kerana dia. Dia, yang ku kenali di ruang chatting. Oh..ya, Aku sebenarnya diperkenalkan dengan dunia chatting oleh sahabat baikku- Intan. 
“ Intan, aku boringlah, asyik buat kerja aja.” kataku suatu hari pada Intan.
“ Kau cubalah chat Ida” balas Intan.
“ Aku mana reti Intan woiii..kau tu lainlah, masuk chat sebab nak jumpa buah hati kau, Aku masuk chatting nak jumpa dengan siapa? “ kata ku lagi.
“ Apalah kau nie Ida, masuk dulu tengok topik perbualan mereka, pas tu sembanglah” ujar Intan pada ku panjang lebar.

Menurut Intan aku akan menjadi manusia yang paling periang apabila berbicara dengan manusia yang tidak dikenali. Tapi ingat kena berhati-hati juga agar tidak tertipu. Aku hanya tertawa sahaja bila Intan menjelaskan perihal dunia chatting. 
“ Jangan jatuh cinta dengan chatters! “ Pesan Intan. Detik itu aku berkata pada Intan:
“ Aku manusia yang cukup profesionallah Intan untuk jatuh cinta di alam siber ! “ jawapku dengan ego.

Hari di mana aku diajar Intan meneroka dunia baruku - chatting. Tersenyum aku melihat gelagat para chatters di laman ini. Ku lihat nick yang aktif seperti Aisyah, Badman, veteren, suamiorang, nenek, zam dan ramai lagi. Sebagai orang baru aku hanya memerhati perbualan-perbualan mereka. Ada yang lucu, ada yang mengusik dan tak kurang juga yang membincangkan soal agama. Aku teringin menyampuk tetapi terasa janggal. Hari pertama berlalu begitu sahaja. Namun, aku mulai menyukai laman chat ini. Sekurang-kurangnya aku dah tahu di mana tempat untuk aku mencari teman borak. 
Ku amat-amati tiap nick yang akitif berbual dan cuba menilai. Aisyah – seorang yang aku rasa penuh dengan sifat keibuan. Veteren, seorang yang cukup glamour di laman itu. Ada sahaja benda yang akan disakatnya, di usik. Aku rasa aku boleh join kepala dia nie. Gila-gila macam aku juga. Seorang lagi yang menarik perhatian aku nick zam. Nick ini selalu come out dengan kata-kata nasihat. Bicara agama dan menurut gerak hati aku dia seorang yang sebenarnya mempunyai sence of humor tetapi seperti di control macho kan.. Agaknyalah. Namun itulah yang membuat aku ralit di sini. Memerhati dan terus melihat apakah aku boleh menyertai mereka. Namun hari itu aku sekadar menjadi pemerhati tidak bertauliah.


No comments:

Post a Comment