Tuesday, June 29, 2010

# Kek lagi !!! - Carrot Cake

Carrot Cake ( mesti cuba sebab sedap ! )

Actually dalam tercari cari resepi kek lobak yang kak ina suka akak terjumpa blog nie dan testimoni dia amat meyakinkan....chewah! tq pada bloger dgn blog bernama impian teratak . sila klik sini untuk ke sana dan dapatkan resepinya ya..kalau tak rajin kena rajin juga sebab banyak resepi sedap kat situ :).

Untuk simpanan kak ina resepinya kak ina copy paste kat sini ( minta izin ya tuan impian teratak )


Bahan-bahan
  • 3 cawan lobak merah -di parut
  • 4 biji telur
  • 1 1/4 cawan minyak sayur- next time nk kurangkan maybe 3/4cwn@1 cwn memadai- sy letak 3/4 cwn minyak jagung
  • 2 cawan gula- hana kurangkan sbb ltk madu dua sudu. lg sedapp!- sy letak 3/4 cwn brown sugar,1 cwn gula castor dan 1 sudu madu
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan golden raisin
  • 1 cawan walnut- roast & crush- x letak
  • 1 sudu teh garam halus
  • 2 sudu teh soda bikarbonat- hana kurangkan- letak 1 sudu teh
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis - x letak
  • Topping/Glazing
  • 1 1/4 cawan gula icing
  • 3 oz creamcheese ( maaf ya, nnti i convert into gm)
  • 1 sudu makan corn syrup ( boleh diganti ngan golden syrup)
  • 1 sudu teh vanilla extract
Cara-cara
  1. Ayak tepung bersama garam, baking powder & soda.
  2. Masukkan pula parutan lobak merah, walnut &raisin kedalam tepung. Gaul rata.
  3. Didalam bekas lain, pukul telur,minyak & gula hingga sebati.
  4. Masukkan campuran telur kedalam campuran tepung dan gaul rata.
  5. Masukkan adunan kedalam loyang 10" yg telah di gris.
  6. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan selama 50-60 min pada suhu 175C atau sehingga masak.
  7. Bila sudah masak, keluarkan dah sejukkan dan masukkan kedalam peti sejuk sehingga betul2 sejuk.
  8. Setelah sejuk, boleh dihias dengan creamcheese glazing.
  9. Topping/Glaze- Pukul creamcheese bersama gula icing, syrup dan vanilla extract.
UTK TOPPING hana gune resepi zaliana.- sy pun sama gak cam Hana
50 gm mentega
215 gm krim keju
130 gm gula aising - hana kurangkan
1 camca teh esen vanilla - hana ganti jus lemon
> pukul semua sebati dan sapukan atas kek.




terimakasih juga pada za :) utnuk glaze yg sedap !!!!!







2 comments:

  1. makan kek carrot..sambil renung2 bunga ros... memang enak dan syahduu

    ReplyDelete
  2. hehehe..za, ada jer dia...tapi glaze tu mmg sedap la za...akak tambah cream cheese ...so lagi creamy..:) tq za utk resepi yg sedap tu !..kalau rumah sebelah menyebelah...pasti sepiring dah terbang ke meja za!

    ReplyDelete